Jana wang melalui Facebook!

Wednesday, June 30, 2010

Kod | Chibis01



Kod: Chibis01
Dolly ini adalah fanArt style anime/manga

Kod | Kurtis 01

Kod: Kurtis 01
Set dolly mengenakan pakaian yang dinamakan KURTIS (punjabi)

Kod | myPA 01-02

Kod: MyPA 01-02
2 set dolly (setiausaha/pakaian pejabat)

Kod | Muslimah 101-104

Kod: Muslimah 101 - 104
(4 rekabentuk dolly)

4 dolly bertudung dan berwatak aktif. Sesuai untuk remaja yang menjaga aurat tetapi aktif. Dapatkan satu untuk diri anda...


Kod | GC 1201


Kod: GC1201
Saiz: 21cm x 14.5cm

Kad ucapan umum untuk dihadiahkan kepada rakan-rakan atau yang tersayang. Ucapan ini akan menjadi peransang dan membawa mood yang ceria untuk si penerima... :)

Tuesday, June 29, 2010

Projek Dolly Blog

Daku sedang menyiapkan blog tentang character dolly jer... template dah siap, tinggal nak masukkan stock je... tunggu update seterusnya...

Kod| Speky 02a


Ini adalah set Basic-dolly terkini (kod:Speky02a). Karekter ini memakai baju blous, berseluar panjang dan berkaca mata. Style free-hair dan aktif.

Untuk tempahan, sila ingat no kod dolly dan hantar melalui borang tempahan kami. Terima kasih

Monday, June 28, 2010

Scrapbook for my pari-pari


Huhuhu... just play-play with the free scrapbook stuff i got from net!

My Pari-pari


Inilah pari-pari saya, Nurjihan namanya.... Apa yang aku nak kongsi cerita tentang anak kedua aku ni ialah... pada suatu hari, dalam bulan April 2010... anak aku sudah tengok cerita Thumbelina kat Cartoon Netwerk. Dalam cerita tu adalah makhluk comel dan bersayap. Habis je cerita, terus dia mintak aku belikan sayap macam Thumbelina tu... Aiseh! Mana nak cari mende-mende cenggitu? Lalu setiap hari aku dan wife gi jelajah seluruh pelosok KL, gi SOGO... takde! Gi supplier barang-barang permainan kat Jln Raja Laut ni... takde gak! Dekat 2 bulan aku mencari sayap yang dipakai si Jihan ni.

Akhirnya, kebetulan saja pergi bershopping kat Giant Kinrara. Lepas beli barang-barang keperluan tu, Mem aku singgah la satu kedai krafmade ni, tup-tup terjumpa plak sayap pari-pari ni. Apa lagi, melompat-lompat le si Jihan tak terkata. Mama dia pun tambahkan lagi aksesori, beli skaf ngan kayu magis si pari-pari kecilnya... Akhirnya, permintaan anak aku tercapai gak walaupun dah lama dia mintak... huhuhu!

Cerita sibuk...


Dari pautan ini!

Seorang bapak baru saja pulang pagi dari tugas dinas malam. Ya shift malam gitu, kan masuk jam 11 malam pulang jam 7 pagi, sampai di rumah jam 8 pagi. Bapak ini di kantor terkenal berpenampilan galak, maklum satpam, actually hatinya lembut penuh kasih sayang. Punya istri baik hati, cantik dan seksi. Punya putri lucu berumur 5 tahun dan juga pintar. Enaknya ya, sipp tenan dech.

Istrinya pagi ini kebetulan lagi kurang enak badan, dan masih tiduran. Sang bapak pengopi berat. Sibuklah dia mencoba bikin kopi sendiri. Kopi Tubruk !. 

Bapak: bu, ibu gula dimana ya ? bapak mau bikin kopi nich.

Ibu : Di atas kulkas pak. Kan selalu di situ.

Bapak: Mana ada bu, atas kulkas kosong melompong gini kok !

Ibu : Bapak tanya ke Siti (anak mereka), tadi dia buatkan ibu teh hangat. Mana Siti pak ?

Ternyata Siti anak mereka lagi asyik bermain di depan rumah.

Bapak: Siti !?, Dimana aga Gula nak?

Siti: Dimana ada Gula ?? Oh Disitu ada semutt pa !

Dasar anak pintar!

haha..

My 1st Dolly


Arrgh! Akhirnya aku terjebak jugak dalam dunia dolly-mendolly kaum-kaum hawa nih... Apa nak buat, ada permintaan... aku layan je laa... Syok gak buat karekter kuntet-kuntet, comey-comey ni.

Wokey, set dolly "MUSLIMAH" ni dijual dengan harga RM10 (1Dolly). Ada empat gaya-karektor semuanya. Basic warna adalah seperti yang puan-puan lihat. Tapi kalau nak tema warna berbeza, silalah maklumkan kepada saya ya... 

Buat masa ni, kalau nak tukar pakaiannya, bolehlah berikan saya contoh pakaian yang menjadi kegilaan anda untuk dikenakan pada Dolly anda ni... 

Oh yer... set ni bertudung, kalau awak-awak nak yang free hair pun boleh gak. Buat masa ni, dolly free-hair masih dalam pembinaan (huhu! macam buat rumah sepuluh tingkat daa...), boleh tunjukkan sample gambar free-hair yang anda kehendaki dan saya akan operate dolly ni mengikut citarasa anda... so, apa tunggu lagi? berikan detail anda melalui Mail-Form saya di POSTO yek!

Friday, June 25, 2010

Thanks! Terima Kasih! Domo Arigato...


Ish-ish-ish... sepanjang beberapa tahun berblog, dan hampir 20 tahun berkarya dalam bidang illustrasi ni, barulah sekali ni ada insan-insan yang sudi nak buat review pasal aku dan kerja-kerja tanganku... Lalu aku terfikir, Nak berjaya memerlukan masa yang sangat panjang untuk direalisasikan, nak jatuh terlungkup, petik jari je pun boleh tertonggeng.

Entry kali ni berkaitan seorang gadis/wanita/perempuan yang sudi berkunjung ke blog aku yang tak seberapanya ni dan menulis review mengenai aku dan blog aku. Rasa macam artis pulak, walaupun aku seorang art-is!

Sebagai penghargaan, aku hasilkan ilustrasi di atas untuk Cik AhMoy dan Entrynya (korang boleh klik pada namanya dan baca review beliau). So, kepada sesiapa yang nak wajahnya diilustrasikan seperti di atas, silalah buat review tentang aku, artwerk aku dan blog aku... heheheheee....

Tq Ah Moy, mencanak stat aku naik, Nuffnang pun berbaloi-baloi... (jgn lupa klik eh!)

Thursday, June 24, 2010

Tea Time!


Masa untuk minum petang, then... chio ler... kekeke!

Lunch Time!


Cepatnya masa berlalu! Sampai ofis jam 7 lebey, gi sarapan, buat kerja sikit, tot-tet.. tot-tet... eh! Dah jam 1? Huhuhuhu... masa rehat lagi! Nak makan di mana eh? Tadi saya dah melantak dengan MEM di Gerai Ibu dan Anak. Boleh tahan masakan gerai tu, harga pun takdelah mencekek sangat...

Malam ni saya akan bagi Talk di bawah tajuk yang sama iaitu "Penggunaan Grafik & Multimedia dalam pameran". Khusus untuk peserta-peserta Bengkel Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) seluruh Malaysia di Prescott Metro Inn Kajang. Ini Siri yang Kedua. Terima kasih kepada Cik Marilyn dan Cik Nani kerana sudi menjemput saya lagi dalam bengkel korang!

Untuk tajuk grafik, saya ada buat updated sket, maybe boleh bincang-bincang tentang beberapa contoh Print-Ads dari dalam dan luar negara. At least, mereka yang takde kemahiran dalam bidang ni akan dapat sedikit maklumat yang saya kongsikan. Pasni bolehlah diorang buat kerja-kerja grafik dan Multimedia semasa mengadakan pameran diorang nanti, Insya-Allah...

Wednesday, June 23, 2010

Saya dan kucing

Masa kecik-kecik, saya suka kalau ada anak kucing sendiri. Lalu saya minta dengan jiran yang ada anak kucing. Saya letakkan loceng dilehernya. Saya beri dia minum susu lembu pure yang abah bawak balik tiap-tiap petang. Pada suatu hari, anak kucing saya hilang dari saya balik sekolah pada tengah hari hinggalah keesokan harinya. Puas saya cari merata tempat. 

Akhirnya pada hari keempat, saya jumpa bangkai anak kucing saya di rumah jiran berbangsa lain. Rupa-rupanya anak jiran saya yang sangatlah nakal dan kurang hajarnya telah mengurung anak kucing saya di dalam tong sampah hitam selama sehari!!! Sayu betul masa tu... saya tak boleh nak buat apa, hanya menangis saja dan beberapa hari kemudian saya dapat anak kucing baru yang abah bawa balik dari tempat kerjanya!

Migrain!


Migrainku selalu menyerang bila aku terlalu fokus pada satu-satu kerja. Kadangkala, bila time happy-happy pun boleh didatangi migrain... tah ler! Bila dah mula menyerang, aku cuma boleh tidur berselimutkan kain berwarna gelap, atau berada di tempat yang gelap untuk 3-4 jam. Kadang tu sampai keesokan harinya jem!

Nak ikutkan, dah lama tak kena migrain. Mungkin takde perkara yang aku fokus sangat tahap 100%. Yang lainnya aku buat dengan 50-60% fokus sahaja. Pernah sekali, sekitar tahu 2000, masa tu aku kerja dengan satu production-house di Kg. Pandan, KL. Aku kena migrain tahap kronik, sampai tertonggeng-tonggeng sekitar jam 3 pagi tu... Punyalah sakit... Aku hentak-hentak kepala ke dinding pun dah tak rasa apa dah. Sakit dalaman tu lebih kuat. Kadang bila lapar, perut masuk angin pun aku senang diserang migrain. Tapi, alhamdulillahlah... sejak masuk ke alam 30an nih, migrain aku kurang le sket, sesekali je... tu pun tak power sangat... tapi kalau kena mau aku bantai tidur je sampai ilang migrain tuh!

Tuesday, June 22, 2010

Naive-Arts



Hee... dah gila buat naive-arts la plak!!! Padahal kerja berlambak. Adududu..... nak ilangkan serabut kepala ni kejap. Siap tukar Picture Profile lagi pulak!!!

Murah rezeki...


Hari ni, walaupun migrain dah mula "SAY HELLO!", aku gagahkan gak buat storyboard untuk BABABU aku. Kena sediakan stock walaupun belum pasti keputusannya... apa pun aku sangat-sangat bersyukur pada tuhan sebab Invoice Claim untuk novel Alaf 21 tu dah di send oleh Cik Gee. Angkanya pun cukup membuatkan aku tersenyum dan membayang-bayangkan pakaian raya bebudak aku yang akan di lego di Sogo atau Jusco bulan depan. Kekeke...

Si emio plak dah membuat tawaran untuk join buat projek non-profit. Maybe akan difollow atau sebaliknya. Aku kena susun jadual kerja aku sebaiknya. Kalau tak, memang management berterabur nanti. Kut ada rezeki lagi, projek sambungan novel siri kedua akan menyusul... kalau ada laa.... tak mengharap sangat. Ramai gak saingan diluar sana tu...

Sempat gak aku menterai-terai buat naive illustration yang jarang aku ceburi. Nak buat projek Kad Raya pulak!!! Puasa pun bakal menjelma tak lama lagi.... Brr.... mata dah mula nak terang gelap-terang gelap nih! Nak rest sekejap... :)

Monday, June 21, 2010

First Promo | Komik MMS

Okies! Ini adalah permulaan kepada projek Komik MMS yang sedang diusahakan... watak lembu ni adalah watak utama dalam komik terkini daku... so, nantikan watak-watak seterusnya... :)

Finish!

Finished! Alhamdulillah... dah selesai menyiapkan semua artwork untuk novel Alaf 21 ni... Tunggu respon utk edit atau sebagainya... tunggu dicetak, dan aku akan mengupload beberapa karya yang kurasakan menarik untuk dikongsikan bersama korang.

Pasni nak siapkan projek MMS pulak... storyboard dah ada, dah rujuk member dan komen tentang jalan ceritanya... Rasanya akan meletop!

Friday, June 18, 2010

Happy Father's Day!


Versi halftone:



Heee, kalau tak silap, 20hb nih adalah sambutan hari bapa kan! So... kepada bapa-bapa (termasuk bapak ayam ke?) yg di luar sana... esok adalah hari kita! So kita boleh rest sepuas-puasnya... kekekeke! Err... selalu-selalu bz sangat ke weh!!!!

Ini ada poster free aku buat. Kepada sesapa yang berminat nak guna dipersilakanlah... tapi jgn lupa backlink ke blog aku yea..... emm esok nak rest katne eh?

Jumaat yang demam...

Dari petang Khamis aku kena flu... rasanya jangkit anak aku si jihan atau sesapa yang berdekatan dengan aku pada hari tersebut. Malam tadi muka aku dah mula panas, tekak kejap-kejap kering... asyik nak meneguk air je....

Pagi ni pun rasa berat je kepala, sampaikan jam tangan dan bangle golf yang aku pakai hari-hari pun aku terlupa nak bawak. Memang terhad betul tumpuan aku hari ni. Walau camane pun, kerja-kerja illus berjaya aku siapkan... insya-Allah bila dah publish nanti, aku akan postkan sebijik-sebijik dengan keterangan perenggannya sekali... apa pun masih confidential, tak bleh keluarkan lagi... (Sis Gee dah sound ari tu...kekeke!)

Wednesday, June 16, 2010

Last Chapter... yeah!

Pukul 11 tadi pagi dapat last chapter. Sekarang kerja-kerja menyeken dan convert to illustrator... pastu email kat G, pastu gi makan, pastu naik makan... dok belek-belek last chapter, pastu mencongak-congak apa yang nak diilluskan untuk bab-bab terakhir tu... Pastu, balik, mandi, makan lagi, start sketch... Arrrrghhh!!! Stressnya schedule aku hari nih!

Projek Illustration Novel Update

Yeyey! Dah sampai ke chapter 14... tinggal lagi 3 chapter kot kerja-kerja illustration aku akan siap sepenuhnya. Aku rasa, inilah projek paling cepat aku buat. 17 illustration dalam masa 2 minggu... huhuhu!

Sebenarnya, buat illustration untuk novel ni memang layan... ko boleh termasuk sekali dalam jalan cerita tu... kejap ko boleh jadi watak utama, kejap ko boleh jadi watak yang tetiba wujud dalam chapter tu.... heee.... masuk balik ke alam kanak-kanak.

Okey, tengah inking 4 artwork kedua terakhir. Harap hari ni akan selesai dn dapat diemail tu Sis G, supaya aku boleh habiskan chapter terakhir tu... :)

Tuesday, June 15, 2010

Vector Looking Cat Illustration Using Photoshop


Assalamualaikum, selamat pagi... yeah! Just for sharing. Aku tertarik gak ngan karektor kucing ni. Rasanya kalau ada yg menjadikan makhluk ni rujukan untuk buat karektor binatang ke, kad ucapan sempena hari bapa ke kan... ini ada tutorialnya macam mana nak hasilkan illustration ni guna photoshop....

Hmm... aku masih tercari-cari lagi ilham nak buat karektor si haiwan nan satu ni untuk dijadikan MAIN-Characters aku... Si Bu dah dapat... Si Baba ni belum jumpa ilham yang sesuai... :P


Monday, June 14, 2010

Cute Bunny Characters

Comel tak karektor  Bunny ni? Actually ianya bukan karektor aku... pada ketika ini saya tengah mencari-cari karektor binatang untuk projek komik MMS aku tu... terjumpalah karektor ni. Nak tau macam mana ianya dihasilkan? Okey, kepada peminat kartun yang terer guna Adobe Illustrator semua... boleh ke link berikut untuk tutorialnya eh! Pakcik punya masih dalam proses... belum boleh bagi tutorial lagi... huhuhuhu...

Dunia yang semakin mengecil

Semalam aku ada job foto-wedding di Sepang. Perjalanan urusan pagi tu tak berapa baik sebab, time nak pegi tu, tayar depan keta aku bocor habis... aku redah je gi beli sarapan utk Mem dan 3 Rakyat. Kesian plak, aku keluar tak tinggalkan makanan dan sebagainya kat dorang. Waktu tu dah dekat pkl 8 pagi...

Aku janji dengan member photog sorang ni, jam 8 aku amik kat LRT Bukit Jalil, Pkl 8 beberapa minit baru siap tukar tayar spare, terus gegau gi Bukit Jalil. Dah le jalan di Taman Equine dan Taman Puncak Jalil tu cam hampas.... takpe, teruskan perjalanan!

Risaukan terlewat, sebab pengantin maklumkan jam 10 dah start nikah, pukul 9 make-over. Lenjan dengan pantas ke rumah pengantin... sampai dah 9 lebey, aiseh terlewat nih. Tanya pengantin, " err... nana, make-up nak cover tak?" "Takyah la..." dengan selamba je menjawab. Arrgh... hangin betul. Dah le rush ke sana, takut terlewat. Sarapan pun tak lagi... Kalau aku tau, baik aku gi sarap dulu...

Pastu tunggu-punya tunggu, jumpa satu mamat kat majlis tu, rasa macam kenal... rupanya member sekolah menengah! Dia junior setahun dari aku. Borak-borak, member ni bagitau Pak Imam datang pukul 11.... sekali lagi perlanggaran masa! Sabar-sabar...

Nak jadi cerita menarik lagi, jumpa plak kawan mak aku kat situ... rupanya saudara-mara kepada pengantin gak! Hmm... eloklah.... pusing sana, kona sini... jumpa gak orang-orang kampung! Huhuhu... dunia dah semakin mengecil...

Borak-borak ngan pengantin lelaki, dia guru di Sungai Mati, Muar. Sekali lagi... insya-Allah jumpa punya di Bukit Gambir sebab wife kan orang sana... pekan terdekat pun Pekan Bukit Gambir ler...

Moral of the story... jangan peliklah kalau anda terjumpa rakan/pakwe/makwe lama sekarang nih sebab Malaysia ni di hujung jari kita jer... Tak jumpa kat alam nyata, kat Fesbuk mesti jumpa punyalah!



Friday, June 11, 2010

MOBS PARENTS LOOK A-LIKE CONTEST


Huhuhuhu.... sejak jadi blogger tegar ni, aku dah terikut-ikut memember pompuan join contest bagai... ceh! Tak kira, nak join gak sebab aku ada apa yang contest2 tu mintak. Ni contest dari MOBS (Malaysian Online Baby Shops) yang kukira sangat sesuai dengan hobi aku menggambar wajah-wajah isteri dan anak-anak daku... Heeee!

Contest ni berkenaan mencari wajah yang serupa antara ibu bapa dengan si anak. Maka, salah satu gambar yang ku rasakan sesuai untuk contest ni adalah gambar ini. Walaupun takde props/costum yang didondonkan bersama, rasanya raut wajah dan keceriaan mereka cukup membuktikan mereka ni serupa dan sama!

Baiklah, ini perkara-perkara yang perlu diuruskan supaya sah kemasukan aku dalam contest nih:

  • PARENT NAME : Wan Zaidah Bte. Khasbollah 
  • KIDS'S NAME and AGE : Nurjihan Bte. Khairullizam (4 tahun)

Tell us about the pics.... 
Gambar ni diambil semasa kami berjalan-jalan di Taman Tasik Shah Alam (28 Februari 2010) yang lalu. Apa yang menariknya, mereka berdua memang gila bergambar dan kadang-kadang sampai dah bosan menjadi model (tak berbayar) saya... heee.... Nak kata sama... memanglah sama kan!

http://chemokz.blogspot.com | momokb3@gmail.com


Idea dah Mencanak!

Malam semalam, pergi kenduri arwah di rumah jiran berdekatan. Sambil tu aku masih berfikir-fikir apa nak dibuat dengan projek si Fariz nih. Dia nakkan content berkaitan sukan, hope aku dah dapat guidelinenya dan dah terfikir nak ketengahkan watak lembu dan bebiri aku tu menjadi pakar sport games!

Emmm.. karektor lembu dah ada, tinggal nak develope karektor bebiri aku tu plak. Nak namakan mereka apa eh? Ada cadangan!!!

Thursday, June 10, 2010

Komik MMS

Yeahahaha! Ada satu lagi projek dapat diusahakan dengan Bro Fariz (Sempoi). Lepas dengar penerangan dia sedikit sebanyak, aku rasa ada satu lagi peluang baik yang boleh aku ceburi sedikit masa lagi. Apa yang nak kena buat ni ialah.... cari konsep, cari karektor dan buat satu sample. Kalau proposal aku berjaya, insyaallah.... korang akan jadi pelanggan setia komik MMS aku... huhuhu, Amin!

MyChild Photog-updated

Biasanya, ada 2 tujuan bila saya buat job wedding. Pertama selesaikan tugasan dengan pengantin, dan keduanya... saya akan cari kanak-kanak yang chomel-chomel untuk diabadikan gambarnya. Kanak-kanak ni sangat istimewa perlakuannya. Walau seribu kali kita ambil gambarnya, pasti setiap gambar tu lain-lain ceritanya. Anak kecil yang sangat comel hasil mix dari kedua ibu bapanya menjadi pilihan hati saya untuk post kali ni. Sayang, saya tak tau namanya. Maybe Encik Rahim bleh tolong dapatkan nama anak ini dan nama bapanya.... (for credit). Enjoy dengan keletah si kecil ni... :)

My Wonderpet


Aku ni jenis tak pandai nak membela binatang peliharaan, apalagi kucing.... aku sangat alah pada bulu kucing. Sekejap je hidung ni berair. Tambahan pulak rimas aku tengok jenis kucing yang asyik menggaru... mengibar-ngibarkan bulunya... eiii!!!



Dah dekat 3 bulan, Dragon Turtle ni menjadi anak angkat aku. Sepertimana yang aku katakan tadi, aku memang tak minat nak bela-bela haiwan peliharaan nih. Diri sendiri pun kadang tak terbela. Tapi wife dan anak perempuan aku yang punya komplot nih. Diorang pandai-pandai beli dan bela. Nak suruh aku... hmmm! Kadang seharian terlupa nak bagi makan. Sian dgn wonderpet nih. Semenjak-dua menjak ni, seekor yang besar sket tu asyik diam dan pejamkan mata je... macam layu sesangatlah gayanya! Aku risau dia nak mati jer. Aku dah habaq kat wife suruh lepaskan je, tapi dia sayang dan masih nak bela lagi anak-anak angkat aku ni... mudah-mudahan panjanglah umur mereka semasa berada dalam rumah aku. Mana tau ianya membawa rezeki yang melimpah ruah.... Amin!

Wednesday, June 9, 2010

Bila takde kerja, sibuk nakkan kerja. Bila dah berlambak....


Itulah masalah aku sekarang ni. Bila ada mood yang gila-gila babas... job takde. Tapi bila kerja dah berlambak-lambak... satu apa pun tak siap lagi... Arrrrrghhhh! Kena buat schedule bebetul nih. Kalau tak, mau mengamuk client-client aku nanti... Adudududu.... help me to manage this problem!

Musim durian dah tiba...


Hari Isnin sempat balik ke Batu Pahat. Lama gak tak menjenguk mak-abah. Takut jadi Si tanggang plak tak ingat keluarga di kampung. Kebetulan musim durian dah tiba... walaupun durian yang abah bawak balik dari kebun tu banyak yang dah ditebuk-tebuk dek tupai, tetapi kesedapannya tu teramatlah.... nikmat. Maklumlah, durian kampung. Original masak dan gugur secara semulajadi, lainlah rasanya kan!

Rambutan di tepi rumah mertua pun tinggal menguning dan memerah je lagi... Bulan depan rasanya bleh balik lagi makan rambutan plak... :)

Tuesday, June 8, 2010

Children Photography - Haziq Haikal (3m)


Seronok bila dapat merakam keletah anak-anak kecil, sambil dapat buat updater kepada gambar-gambar sebelumnya. Saya pernah merakamkan gambar pertama anak kecil ini pada usianya 14 hari, dan kini saya rakam lagi gambar kedua kalinya pada usia 3 bulan... semakin comel semakin cerdik dan yang bestnya baby ni sentiasa memberikan pose-pose maut dan sangat hebat di hadapan lensa 2.8 saya!!!

Thursday, June 3, 2010

Cute Invitation Card | IC101


Yeah! Kepada peminat-peminat tegar paper-design, ini ada satu FreeGift nak kasi kat korang. Kad ini sesuai dijadikan hadiah/taging kepada orang yang anda sayangi. Saiznya boleh diubah-ubah mengikut citarasa anda. Kad ini berlipat dua, tetapi ada opsyen untuk menyelitkan hujung kad di satu slip yang dipotong supaya bahagian kad yang berlubang nampak seolah-olah frame.

Okey ini ada sedikit cara nak membuat Cute Invitation Card ni. Jenis kertas, gambar dan saiz boleh dicustomkan mengikut citarasa anda... :)







Pada muka sebelah yang tidak bercetak tu... korang boleh tambah apa-apa design supaya lebih menarik. Okey, akhir sekali... saya bekalkan kepada korang template Cute Invitation Card ni supaya korang boleh mencubanya di rumah! Kalau dah siap dan cantik, jangan lupa tinggalkan pautan yang ada menunjukkan kad ini di ruangan komen di post ni ya! Good Luck!


(Fail yang dibekalkan adalah format pdf. Jika anda mahir menggunakan Adobe Illustrator, anda boleh membuang imej pada template/mengubah saiz mengikut kehendak anda. Selamat mencuba!)

Jika berminat untuk menempah Cute Invitation Card ni dari M.I.B, bolehlah buat tempahan melalui butang 'BUY NOW' di bawah:
 



Greeting Card






COPYRIGHT@MOMOKZ™

Creative Commons License All illustrations are protected by copyright and may not be used or reproduced in any form without MOMOKZ™ permission. Thank you!.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...