Salam sejahtera semua.... Ni artwork terkini yang sedang diusahakan. Maybe saya akan buat 6 twitter icon. Kalau ada yang berminat, bolehlah tempah. Saya juga sedang menyiapkan DOLLY (character yang mewakili diri anda / avatar) untuk tempahan. Buat masa ini, page Dolly masih diletakkan sebagan Private-Page lagi. Nanti kalau dah siap semua character, saya akan open page tersebut... Check it out latter... :)
Friday, May 14, 2010
Thursday, May 13, 2010
PAKATUN, suatu masa dahulu...

Assalamualaikum... beberapa hari ni sibuk selongkar semula semua artwork yang pernah dihasilkan. Bukan apa, sayang... dah buat penat-penat, dibiarkan begitu saja. Sekurang-kurangnya kalau dikumpul dan diletakkan di blog/forum, boleh juga menjadi santapan jiwa kan!
YEAH! Pernah lihat logo di atas? Tak pernah... ish-ish-ish! Tak salahkan korang sebab logo ni adalah logo Persatuan Kartunis Kinabalu yang terdiri dari kartunis/komikes di Sabah sahaja. Sebelum kembali ke rahmatullah ke Semenanjung, saya sempat mencurahkan bakat dan hasil kerja yang tak seberapanya ini kepada persatuan ini. Mungkin kehadiran saya sedikit sebanyak telah membantu menaikkan martabat kartun di Sabah. Dan... saya berharap, mereka-mereka yang masih berjuang di sana, teruskanlah.... insya-Allah saya akan tetap menyokong dari seberang sini...
Ini antara artwork yang dipersembahkan semasa pelancaran PAKATUN yang diadakan di Balai Seni Lukis Sabah, Penampang... kenangan itu sentiasa dalam ingatan saya:
Tuesday, May 11, 2010
Hari ni mood gile nak buat kartun je pulak. Bukan apa, pening dengan perangai 'makhluk-makhluk tua' di 'beras tumpah' ni... jadi, kembali le layan satu forum yang rasanya dah 2 tahun tak menjenguk... Dah banyak kelainannya PERGH.COM. Talent baru pun semakin ramai. Dunia wacom dah menjadi kebiasaan. Aku? Masih sketch dengan pensil dan scan pastu trace dalam illustrator lagi. Terasa segan pulak nak menceburkan diri dalam dunia MAJALAH yang penuh glamor dan politikus! Heee....
Sebelum berdirinya aku sebagai aku sekarang, dunia kartun adalah duniaku. Sejak tadika lagi aku dah terdedah dengan Majalah Gila-Gila, Gelihati, gelagat.... Kartunis kesukaan aku pada masa tu, antaranya Rodin, Ujang, Aie, Juragan, Asan, Deen... ramai lagilah! Sekarang dunia kartun telah bergabung dengan dunia komik. Ada kartunis yang melakar dengan style komik dan ada komikes mewacom dengan karektor kartun. Memang sangat meriah!
Beberapa tahun kebelakang, sangat susah nak tengok tawaran-tawaran iklan yang berkehendakkan kartunis/komikes secara full-time/part-time. Tapi beberapa bulan ni, di tahun 2010 ni nampaknya Dunia Komik dan Kartun kembali mewarnai persada seni. Adakah aku akan turut disenaraikan bersama golongan ini? Kita tunggu dan lihat untung nasibku... sabut ke batu!
Apa pun, perancangan telah dibuat, idea telah dikumpul... tinggal tunggu masa merealisasikannya...
Insya-Allah! Tunggu... :)
Friday, May 7, 2010
Panas, marah... Hujan pun marah...
Itulah fitrah manusia... ada je yang tidak dipuaskan di dalam hatinya. Cuaca panas kembali melanda. Maka banyaklah suara-suara yang merungut... panas la, muka jadi kering laa... kulit jadi hitam la... macam-macam lagi la. Yang bestnya, cuaca panas ni dijadikan alasan untuk MC! Bos... MC bos, panas kat luar tu. Saya tak boleh kena panas. Mak saya cakap nanti kulit jadi hitam, tak laku... Padahal umoq dah menjangkau 30an! Nak cakap ape kan...
Bagi orang macam saya, kartun/gambar la jadi bahan adaptasi heee.... apa pun korang enjoy je la dengan lukisan kartun ni yek! :)
Wednesday, May 5, 2010
Child Emotion... I like!
CHILD-EMOTION | Salam semua, huhuhu... dah breakfast lum? Pakcik jap lagi la kot. Setelah sebulan lebey berehat dari arena wedding, weekend lepas dapatlah sempurnakan satu job yang agak ekslusif. Sebabnya pengantin dan ahli keluarga terdiri dari golongan media & entertainment. Kira syok gak dapat cover diorang.
Tapi yang nak cerita pagi-pagi ni, adalah subjek paling saya suka bila buat job wedding. Selain pengantin, saya sangat suka shoot kanak-kanak/baby yang ada dalam majlis pada waktu tu. Saya suka tengok karektor mereka, emosi mareka, pakaian mereka... memang sangat comel dan mendamaikan...
Salah satunya adik kecil ni. Tapi saya tak berkesempatan nak tanya namanya. Apa pun gambar ni agak sempurna dari segi setting/pencahayaan dan emosi subjek... harapnya saya berpeluang mendapatkan subjek kanak-kanak lagi di job akan datang hujung bulan ni... :)
Subscribe to:
Posts (Atom)