Jana wang melalui Facebook!

Monday, September 19, 2011

Hai Korank!!!

Waaa... kejap ada kejap takde aku nih kan! Sori, lepas raya ari tu terus kena gi out station ke Labuan, Sabah dan Sarawak. Bakpe tu? Aku salah seorang panel penilai Pertandingan Ceria Merdeka anjuran Jabatan Penerangan dan KPKK.

Aku dan my Pengarah (En Nik Kamal Nik Mustafa) kena menilai zon 3 (belah-belah borneo sana). Memang pengalaman yang sangat manis dan memenatkan! Sepanjang aku bekerja di sini, inilah pekerjaan paling mencabar sekali aku dah buat. Bayangkan, 1 hari 2 kali naik flight pergi dan balik. Kali dengan lapan hari? Tu belum termasuk perjalanan ke Daerah Daro (di Sibu) naik bot 2 jam pergi sahaja...

Okey, aku tengah kemaskini lagi gambar-gambar mereka-mereka yang masuk bertanding. nanti dah settle semua, aku upload gambar-gambar tu yek!

Jumpa lagi!!!

Thursday, August 25, 2011

Hantu Facebook (Teaser)

Assalamualaikum, esok (Jumaat las kerja la... pastu balik beraya laa...) Aku Insya Allah beraya di Batu Pahat dan Muar. Kalau ada bloggers yang nak singgah rumah di kampung, roger2 aaa!

Sebelum beraya, apa kata kita layan teaser filem pendek kedua aku yang dalam proses kemaskinian naratifnya dan mencari-cari pelakun yang sesuai dengan cerita dan bajetnya... huhuhu!

Selamat menonton "HANTU FACEBOOK (Teaser) dan komenlah kalau rasanya tak menyeramkan atau apa sajalah!!!

Wednesday, August 24, 2011

Lilitan Shawl Ramadhan by Emy Dahlya



Seperti yang dijanjikan semalam, inilah video tutorial siri 1. Cecube korang try test blajar dari tutorial nih... Menjadik tak?

Tuesday, August 23, 2011

Kolaborasi dgn Dahlya Fashion

Assalamualaikum semua,

Just nak update projek terbaru aku sebelum cuti raya ni... Aku (Seri Pakis) telah dilamar untuk bekerjasama menghasilkan video tutorial cara pemakaian shawl oleh Pn Emy dari Dahlya Fashion.



Untuk Siri 1 sebelum raya ni, Insya Allah akan ditayangkan esok melalui channel/blog/fb seripakis. 2 siri lagi akan ditayangkan selepas raya nanti. Harapnya kerjasama ini akan berterusan.. Amin!





Wednesday, August 17, 2011

Insight Katira

Alhamdulillah, setakat hari ni (dah 3 hari tayangan filem pendek KATIRA) telah mendapat tontonan seramai 361 viewer. Aku tengah menghangatkan lagi promosi agar dapat mencecah sekurang-kurangnya 1000 hits sehingga seminggu lepas raya.

kalau korang sudi bersama-sama mempromosikan filem pendek aku nih, sharekanlah di blog atau facebook korang eh! Jasa korang sentiasa kukenang... :)


Monday, August 15, 2011

Katira - Filem Pendek Raya 2011

Hari raya bagaikan tiada bila kehilangan seseorang yang amat dikasihi. Filem pendek ini adalah adaptasi dari kisah benar keluarga saya di mana ibu, kami.. kehilangan adik tercinta pada 5 Februari 2011 akibat nahas dalam kemalangan.

Filem pendek ini didedikasikan kepada Arwah Muhamad Hifzan bin Selamat. Kami sekeluarga amat-amat merinduimu... sentiasa, selamanya... Al-Fatihah untukmu dik, dan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN. Tahun ni tak dapatlah kita buat photo-shoot macam tahun sudah...

Terima kasih kepada ibunda tercinta, Pn Nafsiah Halil kerana ketabahan beliau melakonkan semula aktiviti rutin (sentiasa mengejutkan arwah dibiliknya untuk menunaikan solat subuh) dan melakonkan semua scene dengan berjaya sekali! Terima kasih sekali lagi, mak...

p/s: Jika korang suka filem pendek ini, mohon untuk share di mana saja... diblog atau di FB. Saya mensasarkan 10 ribu hits untuk filem ini. Tolong eh! Jasa korang amat-amat saya hargai! Tuhan saja yang dapat membalasnya.... Amin!

Friday, August 12, 2011

Salam Ramadhan Semua..


Assalamualaikum semua! Mintak maaf lah bebanyak sebab agak menyepi di sini. Ada beberapa pekerjaan lain yang sedang aku lakukan (berjinak-jinak dengan filem pendek pula) buat masa ini. 

Sejak aku membeli Body Nikon D5100, semangat nak memvideo kembali membuak-buak, dan aku rindu akan aktiviti itu yang  dekat2 10 bulan aku tak menghasilkan apa-apa Wedding Video Highlight untuk client.

Hari ini, Insya-Allah dengan mood Ramadhan yang penuh keberkatan ini aku kembali aktif.

Jadi, aku ucapkan Selamat Berpuasa yang ke 12-hari kepada korang yang rajin melawat blog aku ni walaupun aku tak menjengahnya dekat 2-3 buln jugak!

Thursday, June 30, 2011

Video Klip: Jihan (Tun Fatimah)



Ini adalah video-klip shooting yang aku buat (test power Nikon D5100). Modelnya adalah anak perempuanku (Nurjihan - 5 tahun) yang sedang bermain gitar. Kononnya shot-shot ni aku buat ala-ala Ana Rafali punya video la nih... Harap korang sudi menontonnya!!

Chill Out!

Tuesday, June 7, 2011

Famili Faris bakal terbit!


Seperti yang dijanjikan, buku Famili Fariz (Episod: Mahu Parti Hari Lahir) akan berada julung-julung kalinya di Pesta Buku Selangor yang akan diadakan pada 26 Jun ini. Details tentang harga dan event akan aku update kemudian yek!

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru 2011


SELAMAT HARI GURU kepada semua cikgu-cikgi ku... (cerita panjangnya aku dah letak di blog ti-kiti-kitok haku)... http://tikitikitok.blogspot.com/2011/05/selamat-hari-guru-2011.html

Friday, May 6, 2011

Lensa Mataku May2011

Dah lama gile aku tak muat naik gambar-gambar yang aku ambil sejak Jun tahun lepas lagi. Asalnya aku kecewa dan bosan dengan pekerjaan mengambil gambar kahwin. Penat jadi kuli dan keuntungan yang tak setimpal dengan kerja yang dibuat. Akhirnya aku undur diri dan kembali bergiat cergas dengan kemahiran semulajadiku... MELUKIS!

Beberapa minggu lepas sehinggalah ke Isnin lepas, aku kembali merakamkan potret-scene yang aku rasakan aku suka nak tengok. Di bawah ni ada beberapa koleksi gambar yang aku ambil dan ada gak 1-2 yang "mem" aku rakam... (aku suka Retrokan warna gambar-gambar ni...)










Wednesday, May 4, 2011

Mia Merah Jambu Part II

Akhirnya... hari ni aku dah buat 2 scene (page) untuk buku MIA MERAH JAMBU ni. Ini adalah watak Mia. Cumanya ilustrasi ni reject sebab editor tak berkenan dengan pakaian yang dipakai. So, aku dah tukar lain. Bunga-bungaan di latar belakang gak kena reject sebab ada persamaan dengan bunga yang digunakan di majalah lain (sebenarnya ini default symbol dalam illustrator jer... hee).

Berehat sebentar sambil update blog. Si Mia ni ada adik lelaki bernama Amir. Nak kena develope watak Amir plak lepas mentekedarah jap lagi... Laparrrrr!!!

Tuesday, May 3, 2011

Mia Merah Jambu

Alhamdulillah, dapat satu lagi job Genre Kids bertajuk "Mia Merah Jambu". Aku tengah dok mensketch camane watak si Mia ni. Adakah aku nak ambil karekter Mia Sara tu? Atau boleh aku ubah jadi lain sikit? Pic di atas adalah draft develope karekter Mia ni... Huhuhu... mencabar gak nih!

Character Redesign Battle 141 : Sephiroth

Sekadar memeriahkan Character Redesign Battle 141 : Sephiroth di PERGH.com. Link submitted aku di sini: http://pergh.com/forum/pergh-battles!/character-redesign-battle-141-sephiroth/new/#new

Logo Design untuk Mesra Inspira


Assalamualaikum semua... lama pakcik tak online noo... Kena gi kursus kewangan? Aik, apa kena mengena melukis dan mengwang ek! Takpe, abaikan. Hari aku nak update blog ni sebab dah seminggu menyepi kan...

Pertengahan bulan lepas rasanya, aku diemaili dengan satu email yang berminat dengan karekter yang aku hasilkan. Beliau (Pn. Izura) merupakan pengusaha Pusat tiusyen dan cybercafe di Kota Bharu, Kelantan sana. Jadi aku pun buatkan satu karekter yang diinspirasikan dari karekter POCOYO sebab anak beliau sangat suka dengan kartun tu. Jadi inilah hasilnya.

Gambar di atas adalah yang reject. Yang final korang boleh cari di kedai beliau di kelantan sana... :)

p/s: Terima kasih Pn. Izura di atas kerjasama ini.

Tuesday, April 26, 2011

Cute Mia. Download sekarang!

Korang kenal Mia Sara kan? Cute sungguh budak kecil berumur 5 tahun (pada masa aku menulis nilah...). Jadi aku menginspirasikan karekter baru aku dan jadikan karekter Mia aku secomel Mia Zara ni. (kalau karekter aku secomel Mia la...).

Korang yang berminat nak mendapatkan Dolly oppsss.... Qiuty Mia ni, bolehlah ke blog Ti-Kiti-Kitok aku tu. Buat masa sekarang ada dua posisi Mia yang aku dah buat. Fornt view dan aksi seperti gambar di atas. Insya-Allah akan ku perbanyakkan lagi posisi karekter ini untuk memberi lebih kepuasan korang yang berminat menggunakan karekter ini.

Klik Link berikut untuk membelinya: Ti-Kiti-Kitok Shop

Selamat membeli belah!!!

p/s: Hari ni aku berangkat menghadiri kursus. Kalau boleh online, insya-allah aku update. Kalau tak berkesempatan, Isnin la jumpa korang lagi eh!

Monday, April 25, 2011

Orang lain stress, aku kena tempias!


Pagi ni aku datang ofis dengan mood yang baik. Cuma mengantuk sket sebab malam tadi tido lewat dan terjaga-terjaga sebab anak dara aku masih menonton tv walaupun jam dah mencecah ke angka 1.30 pagi.

Aku dikhabarkan, Bos besar punya farewell tunda ke hari lain. Sepatutnya dijadualkan esok malam. Sebelum tu punya cerita, aku ditugaskan mengurus slideshow untuk dipersembahkan pada malam kejadian. Dah collet semua bahan (tapi tak banyak gambar yang betul-betul memberi moment). Plan aku gunakanlah apa yang ada dengan sedikit treatment grafik dan animate yang sesuai.

Oleh kerana ada bebudak praktikal dalam 6 orang masuk dept aku, aku bagi tugasanlah amik satu part sorang. Semua bahan aku dah bagi, dan aku nak tgk setakat mana kreativiti mereka untuk mengolah. Bila dah siap slideshow tu, aku preview... dan aku rasa memadailah dengan bahan yang ada dan dengan bayangan apa yang boleh dibuat. Masuk pula ke bilik editing untuk buat off-line. ALAMAK! Editor pulak tak berkenan... pergh! 5 hari aku buang masa menunggu bebudak tu siapkan kerja, last-last tanak pakai.

 Editor aku nak buat balik... masa dah suntuk ni! Tadi pulak Urusetia majlis nak tengok presentation tu dan rasa macam tak berkenan pulak dengan cara editor aku punya treatment... Hmmm... Inilah susahnya kalau buat ramai-ramai tapi tak sekepala. Kalau ikutkan aku, bahan awal dah ok dah tu, cuma kena make-over sket-sket...

Kadang-kadang aku fade-up dah dengan mengurus menda-menda ni sebab ramai lebih terer dari pengurus! Harapnya berjalan lancarlah projek kecil yang merumitkan nih.... Amin!

Mana tak stress pepagi ni! Aku pun dah jadi stress dan blur je... Baik aku sambung tido!

Friday, April 22, 2011

Kasihnya Umairah di TV2


Waa... apa citer plak ni? Ce citer, ce citer.... Okey, bukan nak tumpang publisiti, tapi nak support kengkawan. Si minah ni, (Adrea Abdullah) aku panggil AD adalah classmate aku sepanjang 4 tahun belajar di UiTM Melaka masa dulu-dulu. So Tele-Filem "Kasihnya Umairah" ni adalah produk terbaru yang dia berlakon sebagai watak utamanya. 

Butirannya di sini:
  • On Every Monday, at 12.30pm
  • Heroin : AdreA Abdullah
  • Hero : Rashdan Baba
  • Supporting : Al Fahar

p/s: Aku pun heran makcik sorang ni, camane dari budak grafik boleh pergi ke bidang lakonan. Tapi aku support sebab dia kawan aku masa sama-sama berhempas pulas nak dapatkan segulung ijazah suatu ketika dulu... Cayalah AD!!! 

Dan juga drama "Kisah Pak Kaduk". Butirannya di sini: http://www.budiey.com/datuk-mustapha-maarof-adrea-abdullah-dalam-kisah-pak-kaduk/



Projek selesai!

Alhamdulillah... projek buku genre Kids dari Alaf21 tu dah selesai semalam. Kiranya aku berpuas hati gaklah sebab dapat siapkan ikut dateline yang diberi. Dan paling aku happy bila dapat buat sekemas-kemas yang mungkin. Harapnya tak banyak yang kena edit balik, kalau boleh luluslah semuanya, hehehe...

Ni antara ilustrasi yang boleh aku kongsikan, sebab buku pun belum di susun. Karang tak pasal-pasal kena bambu ngan bos dorang... Curi-curi preview sket la eh... mana tau ada yang tak sabar nak sambar buku ni nanti...



Bila buku ni dah dijual, aku akan bagitau korang semua yek!

Kandungan cerita buku ni tak dibekalkan pada aku. So, sorilah bebanyak aku tak dapat ceritakan apa kisahnya. Tapi secara ringkasnya, kisah sebuah keluarga yang ada 5 orang anak. Anak-anak inilah yang menjadi penceritanya. Ada kisah "Akibat Berbohong" (gambar-gambar di atas adalah dari bab ini) , dan beberapa kisah lain yang memberi didikan dan pengajaran kepada anak-anak.

Menurut tuan punya manuskrip, akan ada 5 buku yang berkaitan dan ini adalah buku yang pertama. Insya-Allah kalau aku masih berkemampuan dan korang tak jelak tengok ilustrasi aku, kelima-limanya akan aku ilustrasikanlah..... key, full-stop!

Pesta Buku Antarabangsa 2011

Seperti di tahun-tahun lepas, aku suka jalan-jalan dan riki buku-buku yang terdapat dalam Pesta buku Antarabangsa ni. Aku lebih tertarik dengan bahan bacaan dari luar negara dan melihat dari segi konsep, layout, illustration dan kontent.

Kepada korang yang KakiBuku macam aku, jom kita serbu PWTC mulai hari ini hingga 1 Mei 2011 nanti.


Tarikh kejadian: 22 April 2011 - 1 Mei 2011
Tempat Kejadian: PWTC, Kuala Lumpur
Masa Kejadian: 10 Pagi - 9 Malam

Jom ramai-ramai membeli belah keperluan minda dan jadilah orang yang cerdik dan banyak ilmu, mana tau boleh kita kongsikan bersama dengan mereka yang memerlukannya!

COPYRIGHT@MOMOKZ™

Creative Commons License All illustrations are protected by copyright and may not be used or reproduced in any form without MOMOKZ™ permission. Thank you!.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...