Jana wang melalui Facebook!

Showing posts with label MyChilds. Show all posts
Showing posts with label MyChilds. Show all posts

Thursday, June 30, 2011

Video Klip: Jihan (Tun Fatimah)



Ini adalah video-klip shooting yang aku buat (test power Nikon D5100). Modelnya adalah anak perempuanku (Nurjihan - 5 tahun) yang sedang bermain gitar. Kononnya shot-shot ni aku buat ala-ala Ana Rafali punya video la nih... Harap korang sudi menontonnya!!

Chill Out!

Monday, June 28, 2010

Scrapbook for my pari-pari


Huhuhu... just play-play with the free scrapbook stuff i got from net!

My Pari-pari


Inilah pari-pari saya, Nurjihan namanya.... Apa yang aku nak kongsi cerita tentang anak kedua aku ni ialah... pada suatu hari, dalam bulan April 2010... anak aku sudah tengok cerita Thumbelina kat Cartoon Netwerk. Dalam cerita tu adalah makhluk comel dan bersayap. Habis je cerita, terus dia mintak aku belikan sayap macam Thumbelina tu... Aiseh! Mana nak cari mende-mende cenggitu? Lalu setiap hari aku dan wife gi jelajah seluruh pelosok KL, gi SOGO... takde! Gi supplier barang-barang permainan kat Jln Raja Laut ni... takde gak! Dekat 2 bulan aku mencari sayap yang dipakai si Jihan ni.

Akhirnya, kebetulan saja pergi bershopping kat Giant Kinrara. Lepas beli barang-barang keperluan tu, Mem aku singgah la satu kedai krafmade ni, tup-tup terjumpa plak sayap pari-pari ni. Apa lagi, melompat-lompat le si Jihan tak terkata. Mama dia pun tambahkan lagi aksesori, beli skaf ngan kayu magis si pari-pari kecilnya... Akhirnya, permintaan anak aku tercapai gak walaupun dah lama dia mintak... huhuhu!

Thursday, June 10, 2010

MyChild Photog-updated

Biasanya, ada 2 tujuan bila saya buat job wedding. Pertama selesaikan tugasan dengan pengantin, dan keduanya... saya akan cari kanak-kanak yang chomel-chomel untuk diabadikan gambarnya. Kanak-kanak ni sangat istimewa perlakuannya. Walau seribu kali kita ambil gambarnya, pasti setiap gambar tu lain-lain ceritanya. Anak kecil yang sangat comel hasil mix dari kedua ibu bapanya menjadi pilihan hati saya untuk post kali ni. Sayang, saya tak tau namanya. Maybe Encik Rahim bleh tolong dapatkan nama anak ini dan nama bapanya.... (for credit). Enjoy dengan keletah si kecil ni... :)

Tuesday, June 8, 2010

Children Photography - Haziq Haikal (3m)


Seronok bila dapat merakam keletah anak-anak kecil, sambil dapat buat updater kepada gambar-gambar sebelumnya. Saya pernah merakamkan gambar pertama anak kecil ini pada usianya 14 hari, dan kini saya rakam lagi gambar kedua kalinya pada usia 3 bulan... semakin comel semakin cerdik dan yang bestnya baby ni sentiasa memberikan pose-pose maut dan sangat hebat di hadapan lensa 2.8 saya!!!

Monday, May 24, 2010

FanArts | Iron Man


Yeah... kasi up satu lagi aktiviti kitorang time cuti-cuti hujung minggu. Sebulan-dua ni dah tak rajin sangat dah main photography. Saya sibuk menyiapkan beberapa page kartun. Kononnya nak dihantar ke satu majalah nilah... cuba-cuba semula. Kali terakhir buat freelance ialah pada 1997. Huhuhuhu... lebih 10 tahun berlalu...

Apa pun, inilah coloring dan bolding FanArt IronMan yang dihasilkan oleh Danial Akmal, anak sulung saya yang berumur 7 tahun adanya... pis!




My Photography Session...

Seperti yang saya dah ceritakan tentang diri saya... children photography adalah kesukaan saya. Jadi, hari ni saya nak kongsikan beberapa koleksi gambar-gambar Children photography untuk tatapan rakan-rakan semua...








Lain-lain koleksi dari FLiCKR:
----------------------------------> AD's

Melentur buluh...



Buah hati saya ada tiga orang, Danial... Jihan dan Haikal. Setakat ni yang bijak merekacipta adalah Danial. Dia boleh buat patung mainan hanya menggunakan kertas sahaja. Rasanya kalau digilap, dia boleh jadi Creator yang baik. Okey, simpan dulu cerita Danial. Yang saya nak ketengahkan ni cerita Jihan. Dalam bidang lukisan, Jihan dilihat lebih konfiden dengan apa yang nak digarapnya. Takde sekat-sekat. Apa yang terlintas dalam fikirannya, digoreskan terus tanpa teragak-agak. Saya rasa bakat Jihan lebih ke arah lukisan jugak. Nampaknya saya ada 'sesuatu' untuk diteruskan hingga ke generasi cucu-cicit saya nanti.

Kalau dalam bidang fotografi juga,Jihan lebih nampak gaya seorang photographer... heee... Nampaknya saya ada tanggungjawab kedua, mendidik mereka dengan kemahiran warisan ini selain dari tanggungjawab membesarkan dan mendidik mereka menjadi orang yang berjaya bila dewasa kelak... Mudah, mudahan...Amin!


COPYRIGHT@MOMOKZ™

Creative Commons License All illustrations are protected by copyright and may not be used or reproduced in any form without MOMOKZ™ permission. Thank you!.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...