Jana wang melalui Facebook!

Wednesday, June 9, 2010

Bila takde kerja, sibuk nakkan kerja. Bila dah berlambak....


Itulah masalah aku sekarang ni. Bila ada mood yang gila-gila babas... job takde. Tapi bila kerja dah berlambak-lambak... satu apa pun tak siap lagi... Arrrrrghhhh! Kena buat schedule bebetul nih. Kalau tak, mau mengamuk client-client aku nanti... Adudududu.... help me to manage this problem!

Musim durian dah tiba...


Hari Isnin sempat balik ke Batu Pahat. Lama gak tak menjenguk mak-abah. Takut jadi Si tanggang plak tak ingat keluarga di kampung. Kebetulan musim durian dah tiba... walaupun durian yang abah bawak balik dari kebun tu banyak yang dah ditebuk-tebuk dek tupai, tetapi kesedapannya tu teramatlah.... nikmat. Maklumlah, durian kampung. Original masak dan gugur secara semulajadi, lainlah rasanya kan!

Rambutan di tepi rumah mertua pun tinggal menguning dan memerah je lagi... Bulan depan rasanya bleh balik lagi makan rambutan plak... :)

Tuesday, June 8, 2010

Children Photography - Haziq Haikal (3m)


Seronok bila dapat merakam keletah anak-anak kecil, sambil dapat buat updater kepada gambar-gambar sebelumnya. Saya pernah merakamkan gambar pertama anak kecil ini pada usianya 14 hari, dan kini saya rakam lagi gambar kedua kalinya pada usia 3 bulan... semakin comel semakin cerdik dan yang bestnya baby ni sentiasa memberikan pose-pose maut dan sangat hebat di hadapan lensa 2.8 saya!!!

Thursday, June 3, 2010

Cute Invitation Card | IC101


Yeah! Kepada peminat-peminat tegar paper-design, ini ada satu FreeGift nak kasi kat korang. Kad ini sesuai dijadikan hadiah/taging kepada orang yang anda sayangi. Saiznya boleh diubah-ubah mengikut citarasa anda. Kad ini berlipat dua, tetapi ada opsyen untuk menyelitkan hujung kad di satu slip yang dipotong supaya bahagian kad yang berlubang nampak seolah-olah frame.

Okey ini ada sedikit cara nak membuat Cute Invitation Card ni. Jenis kertas, gambar dan saiz boleh dicustomkan mengikut citarasa anda... :)







Pada muka sebelah yang tidak bercetak tu... korang boleh tambah apa-apa design supaya lebih menarik. Okey, akhir sekali... saya bekalkan kepada korang template Cute Invitation Card ni supaya korang boleh mencubanya di rumah! Kalau dah siap dan cantik, jangan lupa tinggalkan pautan yang ada menunjukkan kad ini di ruangan komen di post ni ya! Good Luck!


(Fail yang dibekalkan adalah format pdf. Jika anda mahir menggunakan Adobe Illustrator, anda boleh membuang imej pada template/mengubah saiz mengikut kehendak anda. Selamat mencuba!)

Jika berminat untuk menempah Cute Invitation Card ni dari M.I.B, bolehlah buat tempahan melalui butang 'BUY NOW' di bawah:
 



Greeting Card






Tuesday, June 1, 2010

Illustration untuk Alaf 21


Assalamualaikum...

Pagi ni sambung balik bekerja, dah 4 hari berehat. Projek weekend (job foto-wedding) pun dah selamat diselesaikan... tinggal job baru untuk Projek Novel Kanak-kanak keluaran ALaf 21. Apa yang boleh saya kongsikan ialah, projek sedang berjalan... hasil dari persetujuan Pn Jie (Ruzita - Editor), sample illustration saya telah diterima untuk digunakan dalam novel tersebut. Emm... baru siap detail satu. Ada lagi empat untuk 3 Chapter pertama tu...

COPYRIGHT@MOMOKZ™

Creative Commons License All illustrations are protected by copyright and may not be used or reproduced in any form without MOMOKZ™ permission. Thank you!.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...