Buah hati saya ada tiga orang, Danial... Jihan dan Haikal. Setakat ni yang bijak merekacipta adalah Danial. Dia boleh buat patung mainan hanya menggunakan kertas sahaja. Rasanya kalau digilap, dia boleh jadi Creator yang baik. Okey, simpan dulu cerita Danial. Yang saya nak ketengahkan ni cerita Jihan. Dalam bidang lukisan, Jihan dilihat lebih konfiden dengan apa yang nak digarapnya. Takde sekat-sekat. Apa yang terlintas dalam fikirannya, digoreskan terus tanpa teragak-agak. Saya rasa bakat Jihan lebih ke arah lukisan jugak. Nampaknya saya ada 'sesuatu' untuk diteruskan hingga ke generasi cucu-cicit saya nanti.
Kalau dalam bidang fotografi juga,Jihan lebih nampak gaya seorang photographer... heee... Nampaknya saya ada tanggungjawab kedua, mendidik mereka dengan kemahiran warisan ini selain dari tanggungjawab membesarkan dan mendidik mereka menjadi orang yang berjaya bila dewasa kelak... Mudah, mudahan...Amin!
No comments:
Post a Comment