Jana wang melalui Facebook!

BIO..

"Hah! Main la kat luar maghrib-maghrib ni... ada MOMOK kat bawah pokok tu!" - Ayat macam ni mesti korang pernah rasa dan alami kan? dari situlah saya mengambil NICK-Name saya. Pada zaman-zaman sekolah (1991-1996) saya suka menggunakan TAG-LINE 'Budak Nakal Yang Baik'. Sebabnya saya ni diluarannya nampak baik sungguh budaknya... tapi kenakalan saya menyebabkan mak saya sering berubah menjadi TARZAN ataupun INCREDIBLE-HULK!!!

Oleh kerana kesiankan mak... maka saya tukar nick kepada MOMOKZ supaya mak pulak yang takut...heeee!!! Just Joking about my-Mak... lol

-----

MOMOKZ atau nama sebenarnya Khairullizam Selamat dilahirkan di Johor. Memegang Ijazah dalam bidang Senilukis dan Senireka (Grafik) pada tahun 2000 setelah tamat pengajiannya pada waktu itu. Kini MOMOKZ merupakan seorang PEREKA GRAFIK dalam sektor kerajaan dan bertugas di Unit Multimedia Jabatan tersebut. Mula aktif dalam bidang fotografi sejak tahun 1998 lagi di UiTM di mana pada waktu itu zaman filem masih diguna pakai. Mula berjinak-jinak dengan PHOTO-GRAPHIC pada tahun 2001 dan aktif sehingga kini dalam kedua-dua bidang.

Melalui pengalamannya selama lebih 10 tahun, bermula dari zaman PHOTOSHOP 4 sehinggalah ke CS5 ini, beliau terpanggil untuk berkongsi rasa dan pengalaman dalam menghasilkan karya fotografik. Walaupun tidaklah sehebat nama-nama besar di Malaysia seperti Saiful Nang, Wazari Wazir dan yang lainnya, sumbangan beliau amatlah diperlukan bagi memenuhi kehendak rakan-rakan yang ingin turut merasai pengalaman yang menakjubkan dalam bidang Seni Foto Digital.

Laman Blog ni juga memuatkan karya-karya illustrasi Momokz dari tahun 2000 sehingga sekarang. Impian beliau akan menghasilkan sekurang-kurangnya Novel Grafik/Komik bercetak untuk tatapan peminatnya... (kalau ada peminat!). Selain itu Momokz menyediakan perkhidmatan WIDGET/IKON/DOLLY sekiranya ada yang berminat... :)

Jom, sertai kami dengan melanggan (subscriber) dan jadilah orang yang pertama mendapat tips/tutorial yang amat berguna bagi meningkatkan skill fotografi anda!

COPYRIGHT@MOMOKZ™

Creative Commons License All illustrations are protected by copyright and may not be used or reproduced in any form without MOMOKZ™ permission. Thank you!.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...