Jana wang melalui Facebook!

Monday, September 19, 2011

Hai Korank!!!

Waaa... kejap ada kejap takde aku nih kan! Sori, lepas raya ari tu terus kena gi out station ke Labuan, Sabah dan Sarawak. Bakpe tu? Aku salah seorang panel penilai Pertandingan Ceria Merdeka anjuran Jabatan Penerangan dan KPKK.

Aku dan my Pengarah (En Nik Kamal Nik Mustafa) kena menilai zon 3 (belah-belah borneo sana). Memang pengalaman yang sangat manis dan memenatkan! Sepanjang aku bekerja di sini, inilah pekerjaan paling mencabar sekali aku dah buat. Bayangkan, 1 hari 2 kali naik flight pergi dan balik. Kali dengan lapan hari? Tu belum termasuk perjalanan ke Daerah Daro (di Sibu) naik bot 2 jam pergi sahaja...

Okey, aku tengah kemaskini lagi gambar-gambar mereka-mereka yang masuk bertanding. nanti dah settle semua, aku upload gambar-gambar tu yek!

Jumpa lagi!!!

Thursday, August 25, 2011

Hantu Facebook (Teaser)

Assalamualaikum, esok (Jumaat las kerja la... pastu balik beraya laa...) Aku Insya Allah beraya di Batu Pahat dan Muar. Kalau ada bloggers yang nak singgah rumah di kampung, roger2 aaa!

Sebelum beraya, apa kata kita layan teaser filem pendek kedua aku yang dalam proses kemaskinian naratifnya dan mencari-cari pelakun yang sesuai dengan cerita dan bajetnya... huhuhu!

Selamat menonton "HANTU FACEBOOK (Teaser) dan komenlah kalau rasanya tak menyeramkan atau apa sajalah!!!

Wednesday, August 24, 2011

Lilitan Shawl Ramadhan by Emy Dahlya



Seperti yang dijanjikan semalam, inilah video tutorial siri 1. Cecube korang try test blajar dari tutorial nih... Menjadik tak?

Tuesday, August 23, 2011

Kolaborasi dgn Dahlya Fashion

Assalamualaikum semua,

Just nak update projek terbaru aku sebelum cuti raya ni... Aku (Seri Pakis) telah dilamar untuk bekerjasama menghasilkan video tutorial cara pemakaian shawl oleh Pn Emy dari Dahlya Fashion.



Untuk Siri 1 sebelum raya ni, Insya Allah akan ditayangkan esok melalui channel/blog/fb seripakis. 2 siri lagi akan ditayangkan selepas raya nanti. Harapnya kerjasama ini akan berterusan.. Amin!





Wednesday, August 17, 2011

Insight Katira

Alhamdulillah, setakat hari ni (dah 3 hari tayangan filem pendek KATIRA) telah mendapat tontonan seramai 361 viewer. Aku tengah menghangatkan lagi promosi agar dapat mencecah sekurang-kurangnya 1000 hits sehingga seminggu lepas raya.

kalau korang sudi bersama-sama mempromosikan filem pendek aku nih, sharekanlah di blog atau facebook korang eh! Jasa korang sentiasa kukenang... :)


Monday, August 15, 2011

Katira - Filem Pendek Raya 2011

Hari raya bagaikan tiada bila kehilangan seseorang yang amat dikasihi. Filem pendek ini adalah adaptasi dari kisah benar keluarga saya di mana ibu, kami.. kehilangan adik tercinta pada 5 Februari 2011 akibat nahas dalam kemalangan.

Filem pendek ini didedikasikan kepada Arwah Muhamad Hifzan bin Selamat. Kami sekeluarga amat-amat merinduimu... sentiasa, selamanya... Al-Fatihah untukmu dik, dan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN. Tahun ni tak dapatlah kita buat photo-shoot macam tahun sudah...

Terima kasih kepada ibunda tercinta, Pn Nafsiah Halil kerana ketabahan beliau melakonkan semula aktiviti rutin (sentiasa mengejutkan arwah dibiliknya untuk menunaikan solat subuh) dan melakonkan semua scene dengan berjaya sekali! Terima kasih sekali lagi, mak...

p/s: Jika korang suka filem pendek ini, mohon untuk share di mana saja... diblog atau di FB. Saya mensasarkan 10 ribu hits untuk filem ini. Tolong eh! Jasa korang amat-amat saya hargai! Tuhan saja yang dapat membalasnya.... Amin!

Friday, August 12, 2011

Salam Ramadhan Semua..


Assalamualaikum semua! Mintak maaf lah bebanyak sebab agak menyepi di sini. Ada beberapa pekerjaan lain yang sedang aku lakukan (berjinak-jinak dengan filem pendek pula) buat masa ini. 

Sejak aku membeli Body Nikon D5100, semangat nak memvideo kembali membuak-buak, dan aku rindu akan aktiviti itu yang  dekat2 10 bulan aku tak menghasilkan apa-apa Wedding Video Highlight untuk client.

Hari ini, Insya-Allah dengan mood Ramadhan yang penuh keberkatan ini aku kembali aktif.

Jadi, aku ucapkan Selamat Berpuasa yang ke 12-hari kepada korang yang rajin melawat blog aku ni walaupun aku tak menjengahnya dekat 2-3 buln jugak!

Thursday, June 30, 2011

Video Klip: Jihan (Tun Fatimah)



Ini adalah video-klip shooting yang aku buat (test power Nikon D5100). Modelnya adalah anak perempuanku (Nurjihan - 5 tahun) yang sedang bermain gitar. Kononnya shot-shot ni aku buat ala-ala Ana Rafali punya video la nih... Harap korang sudi menontonnya!!

Chill Out!

Tuesday, June 7, 2011

Famili Faris bakal terbit!


Seperti yang dijanjikan, buku Famili Fariz (Episod: Mahu Parti Hari Lahir) akan berada julung-julung kalinya di Pesta Buku Selangor yang akan diadakan pada 26 Jun ini. Details tentang harga dan event akan aku update kemudian yek!

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru 2011


SELAMAT HARI GURU kepada semua cikgu-cikgi ku... (cerita panjangnya aku dah letak di blog ti-kiti-kitok haku)... http://tikitikitok.blogspot.com/2011/05/selamat-hari-guru-2011.html

Friday, May 6, 2011

Lensa Mataku May2011

Dah lama gile aku tak muat naik gambar-gambar yang aku ambil sejak Jun tahun lepas lagi. Asalnya aku kecewa dan bosan dengan pekerjaan mengambil gambar kahwin. Penat jadi kuli dan keuntungan yang tak setimpal dengan kerja yang dibuat. Akhirnya aku undur diri dan kembali bergiat cergas dengan kemahiran semulajadiku... MELUKIS!

Beberapa minggu lepas sehinggalah ke Isnin lepas, aku kembali merakamkan potret-scene yang aku rasakan aku suka nak tengok. Di bawah ni ada beberapa koleksi gambar yang aku ambil dan ada gak 1-2 yang "mem" aku rakam... (aku suka Retrokan warna gambar-gambar ni...)










Wednesday, May 4, 2011

Mia Merah Jambu Part II

Akhirnya... hari ni aku dah buat 2 scene (page) untuk buku MIA MERAH JAMBU ni. Ini adalah watak Mia. Cumanya ilustrasi ni reject sebab editor tak berkenan dengan pakaian yang dipakai. So, aku dah tukar lain. Bunga-bungaan di latar belakang gak kena reject sebab ada persamaan dengan bunga yang digunakan di majalah lain (sebenarnya ini default symbol dalam illustrator jer... hee).

Berehat sebentar sambil update blog. Si Mia ni ada adik lelaki bernama Amir. Nak kena develope watak Amir plak lepas mentekedarah jap lagi... Laparrrrr!!!

Tuesday, May 3, 2011

Mia Merah Jambu

Alhamdulillah, dapat satu lagi job Genre Kids bertajuk "Mia Merah Jambu". Aku tengah dok mensketch camane watak si Mia ni. Adakah aku nak ambil karekter Mia Sara tu? Atau boleh aku ubah jadi lain sikit? Pic di atas adalah draft develope karekter Mia ni... Huhuhu... mencabar gak nih!

Character Redesign Battle 141 : Sephiroth

Sekadar memeriahkan Character Redesign Battle 141 : Sephiroth di PERGH.com. Link submitted aku di sini: http://pergh.com/forum/pergh-battles!/character-redesign-battle-141-sephiroth/new/#new

Logo Design untuk Mesra Inspira


Assalamualaikum semua... lama pakcik tak online noo... Kena gi kursus kewangan? Aik, apa kena mengena melukis dan mengwang ek! Takpe, abaikan. Hari aku nak update blog ni sebab dah seminggu menyepi kan...

Pertengahan bulan lepas rasanya, aku diemaili dengan satu email yang berminat dengan karekter yang aku hasilkan. Beliau (Pn. Izura) merupakan pengusaha Pusat tiusyen dan cybercafe di Kota Bharu, Kelantan sana. Jadi aku pun buatkan satu karekter yang diinspirasikan dari karekter POCOYO sebab anak beliau sangat suka dengan kartun tu. Jadi inilah hasilnya.

Gambar di atas adalah yang reject. Yang final korang boleh cari di kedai beliau di kelantan sana... :)

p/s: Terima kasih Pn. Izura di atas kerjasama ini.

Tuesday, April 26, 2011

Cute Mia. Download sekarang!

Korang kenal Mia Sara kan? Cute sungguh budak kecil berumur 5 tahun (pada masa aku menulis nilah...). Jadi aku menginspirasikan karekter baru aku dan jadikan karekter Mia aku secomel Mia Zara ni. (kalau karekter aku secomel Mia la...).

Korang yang berminat nak mendapatkan Dolly oppsss.... Qiuty Mia ni, bolehlah ke blog Ti-Kiti-Kitok aku tu. Buat masa sekarang ada dua posisi Mia yang aku dah buat. Fornt view dan aksi seperti gambar di atas. Insya-Allah akan ku perbanyakkan lagi posisi karekter ini untuk memberi lebih kepuasan korang yang berminat menggunakan karekter ini.

Klik Link berikut untuk membelinya: Ti-Kiti-Kitok Shop

Selamat membeli belah!!!

p/s: Hari ni aku berangkat menghadiri kursus. Kalau boleh online, insya-allah aku update. Kalau tak berkesempatan, Isnin la jumpa korang lagi eh!

Monday, April 25, 2011

Orang lain stress, aku kena tempias!


Pagi ni aku datang ofis dengan mood yang baik. Cuma mengantuk sket sebab malam tadi tido lewat dan terjaga-terjaga sebab anak dara aku masih menonton tv walaupun jam dah mencecah ke angka 1.30 pagi.

Aku dikhabarkan, Bos besar punya farewell tunda ke hari lain. Sepatutnya dijadualkan esok malam. Sebelum tu punya cerita, aku ditugaskan mengurus slideshow untuk dipersembahkan pada malam kejadian. Dah collet semua bahan (tapi tak banyak gambar yang betul-betul memberi moment). Plan aku gunakanlah apa yang ada dengan sedikit treatment grafik dan animate yang sesuai.

Oleh kerana ada bebudak praktikal dalam 6 orang masuk dept aku, aku bagi tugasanlah amik satu part sorang. Semua bahan aku dah bagi, dan aku nak tgk setakat mana kreativiti mereka untuk mengolah. Bila dah siap slideshow tu, aku preview... dan aku rasa memadailah dengan bahan yang ada dan dengan bayangan apa yang boleh dibuat. Masuk pula ke bilik editing untuk buat off-line. ALAMAK! Editor pulak tak berkenan... pergh! 5 hari aku buang masa menunggu bebudak tu siapkan kerja, last-last tanak pakai.

 Editor aku nak buat balik... masa dah suntuk ni! Tadi pulak Urusetia majlis nak tengok presentation tu dan rasa macam tak berkenan pulak dengan cara editor aku punya treatment... Hmmm... Inilah susahnya kalau buat ramai-ramai tapi tak sekepala. Kalau ikutkan aku, bahan awal dah ok dah tu, cuma kena make-over sket-sket...

Kadang-kadang aku fade-up dah dengan mengurus menda-menda ni sebab ramai lebih terer dari pengurus! Harapnya berjalan lancarlah projek kecil yang merumitkan nih.... Amin!

Mana tak stress pepagi ni! Aku pun dah jadi stress dan blur je... Baik aku sambung tido!

Friday, April 22, 2011

Kasihnya Umairah di TV2


Waa... apa citer plak ni? Ce citer, ce citer.... Okey, bukan nak tumpang publisiti, tapi nak support kengkawan. Si minah ni, (Adrea Abdullah) aku panggil AD adalah classmate aku sepanjang 4 tahun belajar di UiTM Melaka masa dulu-dulu. So Tele-Filem "Kasihnya Umairah" ni adalah produk terbaru yang dia berlakon sebagai watak utamanya. 

Butirannya di sini:
  • On Every Monday, at 12.30pm
  • Heroin : AdreA Abdullah
  • Hero : Rashdan Baba
  • Supporting : Al Fahar

p/s: Aku pun heran makcik sorang ni, camane dari budak grafik boleh pergi ke bidang lakonan. Tapi aku support sebab dia kawan aku masa sama-sama berhempas pulas nak dapatkan segulung ijazah suatu ketika dulu... Cayalah AD!!! 

Dan juga drama "Kisah Pak Kaduk". Butirannya di sini: http://www.budiey.com/datuk-mustapha-maarof-adrea-abdullah-dalam-kisah-pak-kaduk/



Projek selesai!

Alhamdulillah... projek buku genre Kids dari Alaf21 tu dah selesai semalam. Kiranya aku berpuas hati gaklah sebab dapat siapkan ikut dateline yang diberi. Dan paling aku happy bila dapat buat sekemas-kemas yang mungkin. Harapnya tak banyak yang kena edit balik, kalau boleh luluslah semuanya, hehehe...

Ni antara ilustrasi yang boleh aku kongsikan, sebab buku pun belum di susun. Karang tak pasal-pasal kena bambu ngan bos dorang... Curi-curi preview sket la eh... mana tau ada yang tak sabar nak sambar buku ni nanti...



Bila buku ni dah dijual, aku akan bagitau korang semua yek!

Kandungan cerita buku ni tak dibekalkan pada aku. So, sorilah bebanyak aku tak dapat ceritakan apa kisahnya. Tapi secara ringkasnya, kisah sebuah keluarga yang ada 5 orang anak. Anak-anak inilah yang menjadi penceritanya. Ada kisah "Akibat Berbohong" (gambar-gambar di atas adalah dari bab ini) , dan beberapa kisah lain yang memberi didikan dan pengajaran kepada anak-anak.

Menurut tuan punya manuskrip, akan ada 5 buku yang berkaitan dan ini adalah buku yang pertama. Insya-Allah kalau aku masih berkemampuan dan korang tak jelak tengok ilustrasi aku, kelima-limanya akan aku ilustrasikanlah..... key, full-stop!

Pesta Buku Antarabangsa 2011

Seperti di tahun-tahun lepas, aku suka jalan-jalan dan riki buku-buku yang terdapat dalam Pesta buku Antarabangsa ni. Aku lebih tertarik dengan bahan bacaan dari luar negara dan melihat dari segi konsep, layout, illustration dan kontent.

Kepada korang yang KakiBuku macam aku, jom kita serbu PWTC mulai hari ini hingga 1 Mei 2011 nanti.


Tarikh kejadian: 22 April 2011 - 1 Mei 2011
Tempat Kejadian: PWTC, Kuala Lumpur
Masa Kejadian: 10 Pagi - 9 Malam

Jom ramai-ramai membeli belah keperluan minda dan jadilah orang yang cerdik dan banyak ilmu, mana tau boleh kita kongsikan bersama dengan mereka yang memerlukannya!

Wednesday, April 20, 2011

Bighandesign: Monthly Top Commentator Contest


Perhatian kepada korang yang sukakan kerja-kerja grafik tapi ada mende-mende yang korang tak berapa nak tau. Haaa... inilah peluang korang untuk menerjah ke blog saudara Artzam iaitu Big Hand Design. Macam-macam tutorial berbahasa Malaysia yang best-best ada dalam tu. Kebanyakan tutorial yang disediakan oleh Bro Artzam memang mudah faham dan ringkas.

Di samping itu, Bro Artzam juga ada buat contest "Monthly Top Commentator Contest". Apa yang korang perlu buat ialah:
  • [MESTI] Terbuka kepada semua Blogger
  • [MESTI] Komen,tweet serta share tentang Contest ini. 
  • [MESTI] Anda perlu komen mana-mana entri di blog ini. 
  • [PILIHAN] Mengikuti perkembangan sebagai Follower,Facebook atau Feedburner.
  • [PENTING] Komen berbentuk SPAM akan di halang dan menyertaan anda akan di batalkan.
  • [PENTING] Keputusan adalah muktamat.

Apa hadiahnya? Jeng-jejeng!!!

  • Pengomen tertinggi akan memenangi ruang iklan Percuma di blog ini dibahagian sidebar selama sebulan,
  • dan blog anda akan mendapat review dari saya.

Jom apa lagi, komenlah sebanyak mungkin di blog Bighandesign nih!!!

Monday, April 18, 2011

Tekojut Den, Ado review dari kengkawan...


Macam biasa, bila aku jumpa mana-mana blog yang kreativitinya memberikan dimensi yang maveles, aku akan kongsikan di sidebar belah kiri blog aku ni. Dan tanpa aku perasan, rupa-rupanya Artzam dari Bighand Design membuat review yang agak detail tentang kerjaya aku, dan blog-blog yang berkaitan dengan aku. Terharu gile... serius! 


Terima kasih yang tak terhingga kepada Artzam dan juga rakan-rakan lain yang membuat review tentang Momokz dan dimensi dunianya...

Friday, April 15, 2011

Bz..bz...

Tengah pulun satu lagi buku dari Alaf21. Kali ni kategori "Kids pulak (dan berwarna). Jadi tak bolehlah nak bercerita panjang.

Kalau korang free hujung minggu ni, bolehlah ke PWTC, ada pameran SMART-KIDS yang berlangsung hari ni, 15-17 April 2011. Banyak aktiviti yang sungguh interaktif dan menarik untuk anda dan anak-anak sertai. Lucky Draw pun banyak.

Pada yang berminat nak beli karekter, jangan lupa ke Tikitikitok aku tu... tema bulan ini adalah...

Tuesday, April 12, 2011

Camane nak buat GA?

Sempena pengenalan Blog jual karekter aku, Ti-Kiti-Kitok tu, aku bercadang nak buat Give Away. Tapi masalahnya, aku tidaklah pandai nak membuatnya. Berapa nilai hadiah yang nak disediakan? Syarat-syaratnya? Tempoh contest? Apa lagi? Ha... kena ada juri la kan?

Secara hangin-hanginnya.. oleh kerana blog aku tu menjual karekter, jadi maknanya ada kaitan dengan kreativiti. tak pastilah lagi sama ada nak buat kontest bina handmade card? Atau bina header blog? atau apa lagi yang boleh dihasilkan dengan karekter yang aku jual tu?

Jika anda yang membaca ni ada cadangan atau pengalaman buat GA ni, bolehlah perturunkan ilmu sikit.

Aku juga rasanya memerlukan 1 atau 2 juri untuk GA aku nanti. Siapa voluntear? Insya Allah ada cenderahati juga untuk juri tau!!!

Monday, April 11, 2011

Character Design For Something-Sweet

Cik Nor Dinar dari "SOMETHING SWEET" telah meminta aku buatkan  tiga karekter Muslimah Girl (salah satunya seperti gambar di atas). Nampaknya kesemuanya lulus dengan minor edit. Comel tak? Yang diminta tidak berwarna, cuma artline sahaja sebab Cik Dinar ni akan warnakan semula secara manual menggunakan Copic Marker yang memang best!

Blog Cik Dinar ni menyediakan cenderahati yang comel dan best-best! Ada Handmade Card... ada Handmade Soap, key-chain dan bermacam lagi. Karekter yang diminta ni maybe untuk Handmade Card beliau yang kreatif dan menarik untuk korang hadiahkan kepada sesiapa sahaja. 

Nak tempah kad beliau? Silalah berurusan dengan Cik Nor Dinar di http://somethingsweetcrafts.blogspot.com/

Kalau korang nak tempah karekter seperti di atas, boleh rujuk di page "Price-List". Ada beberapa kategori ilustrasi yang saya tawarkan. Kalau blur/tak paham boleh contact aku. TQ :)

Thursday, April 7, 2011

Gempur XLimit - Sifoo.com

Dah lama tak join xlimit anjuran sifoo.com nih. Oleh kerana mood mengilustrasi tu membuak-buak, aku masukkan lah satu... Keterangan lanjut, aku akan letakkan di tikitikitok.

Wednesday, April 6, 2011

Pada Zaman Dahulu (PZD) Teaser



Pergh!!! Bila akan ditayangkan? Tunggu...... Memang terbaik dari Les' Copaque!!!

Anak Daraku Bertindik

Gara-gara pujukan main-main kitorang kat Jihan hujung minggu lepas, akhirnya Jihan mintak tindik telinga semalam (5.4.2011).

Sebagai bapa, aku tak le ambil port sangat bende-bende yang nampak macam remeh je ni. Tapi bagi perempuan (Isteri dan anak perempuanku) ianya merupakan sejarah penting dalam hidup mereka. 

Pagi ni pun Jihan asyik tersengih sampai ke telinga. Sampai je kat taska, dia dah tersipu-sipu... ingatkan kenapa. Rupa-rupanya dia nak bagitau pengasuh dia yang telinganya dah bertindik. Mesti ceritanya pada 2kawan baiknya (Huzma dan Dania) adalah pasal telinga dia yang bertindik tulah! 

Hai perempuan... perempuan...! Tak paham Betullah!!!

Tuesday, April 5, 2011

Ti-Kiti-Kitok

TI-KITI-KITOK adalah blog baru aku yang menampilkan komik secara online. Buat masa ni aku menten 3 column. Maybe ada 1 column, maybe ada lebih dari yang ada sekarang bergantung kepada kementenan aku. 

Tujuannya, aku nak seperate stroke yang aku boleh apply dalam kerja-kerja illustrasi ni. Untuk Tikitikitok, aku akan cuba mengekalkan lukisan tanpa outline 100%. Kalau ada pun line yang membezakan jarak di tempat-tempat tertentu. Dan satu lagi ianya full-colour, insya Allah.

keduanya, dalam komik online tu tiada cerita peribadi. Kalau nak baca update kerja-kerja aku, di sinilah tempatnya. Tikitikitok untuk komik dan illustrasi gaya naive sepenuhnya. Kalau nak tengok gaya-gaya lain ilustrasi aku pun di blog chemokz nilah tempatnya...

Dan akhir sekali, TIKITIKITOK adalah platform aku memahirkan diri dengan illustrasi berangkai dan tanpa garisan outline. Ini penting bagi aku sebab 2 manuskrip aku dah siapkan, nak jadikan illustrasi je yang masih terkial-kial. Insya-Allah, aku akan realisasikan gak picture book aku tu... Pihak penerbitan dah bagi sokongan dan kena siapkan 5 buku woo... tapi, 1 buku pun belum bergerak lagi ni haa!)

Monday, April 4, 2011

Want to find out if you’re living a healthy lifestyle? Take a profile test to a journey of self-discovery and improvement. #NestleProfiler

Want to find out if you’re living a healthy lifestyle? Take a profile test to a journey of self-discovery and improvement. #NestleProfiler

Corat-coret ABPBH 2010


Seperti yang ku jangkakan, Anugerah Bintang Popular 2010 adalah milik Shaheizy Sam. Kesian jugak pada Zizan. Kalau korang perasan, sepanjang detik-detik pengumuman oleh Usop Wilcha tu... muka Zizan memang pucat habis! Senang cakap berdirinya dia sebagai pengacara  dan tak macam pengacara. Langsung takde fokus... blur habis!

Aku juga pernah mengalami saat-saat seumpama itu. Kita ada dalam senarai pemenang. Mengharap pun ada, redha pun ada, rasa nak pengsan pun ada... Tapi yang paling tak best dan rasa worse sangat bila yang diumumkan tu bukan nama kita. Apa pun semoga Zizan tabahlah menerima kenyataan yang dia tetap popular di kalangan Artis Komedi Lelaki Popular. Anugerah permulaan yang baik untuk kerjaya beliau.

Antara keputusan pada malam anugerah adalah seperti berikut:

Senarai pemenang-pemenang ABPBH 2010:

Artis Berkumpuran/Duo Popular: 6ixth Sense

Pelakon TV Wanita Popular: Fasha Sandha

Penyampai Radio Lelaki Popular: Faizal Ismail

Artis Komedi Wanita Popular: Noorkhiriah

Artis Nasyid Popular: Rabbani

Pengacara TV Lelaki Popular: Aznil Hj Nawawi

Artis Baru Lelaki Popular: Shahir

Penyampai Radio Wanita Popular: Fara Fauzana

Pelakon TV Lelaki Popular: Remy Ishak

Pengacara TV Wanita Popular: Fara Fauzana

Artis Komedi Lelaki Popular: Zizan

Penyanyi Lelaki Popular: Faizal Tahir

Pelakon Filem Wanita Popular: Lisa Surihani

Artis Baru Wanita Popular: Ana Raffali

Pelakon Filem Lelaki Popular: Shaheizy Sam

Penyanyi Wanita Popular: Yuna

Pencapaian Sepanjang Hayat: Dato' Rosnani Jamil

Artis Mobile Popular: 6ixth Sense

Tahniah kepada semua pemenang. Semoga kerjaya anda bertambah produktif selepas ini, dan yang penting lebih baik dari sebelum-sebelumnya!!!

Friday, April 1, 2011

Justin Bieber




Aku pun pelik macam mana orang putih membina dan mempromosikan BRAND. Tak kiralah orang ke, produk ke... mesti meletop punyalah. Yang terbaru ni kegilaan manusia terhadap satu budak lelaki nih, JUSTIN BIEBER. Jadi aku carilah apa yang best sangat dengan budak ni? Berikut adalah fakta yang best aku nak kongsikan pada korang semua:

  • Nama lengkap Justin Bieber adalah Justin Drew Bieber
  • Ia lahir tanggal 1 Maret 1994
  • Nickname yang dipakai: J-Beebs, JB, Biebs, Bieber, Beebs
  • Nama Ibunya adalah Pattie
  • Nama Ayahnya adalah Jeremy Bieber
  • Ayahnya suka memainkan gitar, dan ibunya menyanyi
  • nenek-Nya adalah seorang pemain piano besar.
  • Ayahnya telah menikah lagi
  • Dia sangat protektif terhadap adiknya
  • Dia ingin membeli rumah untuk ibunya ketika ia memiliki $ 1.000.000.
  • Dia mulai berkencan ketika ia 13.
  • Ciuman pertamanya adalah ketika ia berusia 13.
  • Acara TV favoritnya adalah smallville.
  • Video game favoritnya adalah NBA 2K.
  • Warna favoritnya biru dan ungu
  • Makanan favoritnya adalah spaghetti
  • Dia fasih berbahasa Perancis
  • Dia takut berada di ruang yang sempit atau tertutup
  • Nomor favoritnya adalah 6
  • Musik favoritnya adalah R&B dan Pop
  • Seniman favoritnya, Usher, Michael Jackson, BoysIImen, Stevie Wonder.
  • Dia menyukai air mineral
  • Minuman favoritnya adalah jus jeruk
  • Dia memiliki kakak tiri bernama Jazmine & jaxon
  • Dia adalah seorang yang kidal
  • Dia bisa bermain terompet, gitar, piano, dan drum
  • Dia bisa menghitung sampai sepuluh dalam bahasa Jerman
  • Kedua teman terbaiknya adalah Ryan butler dan Christian beadles
  • Saat yang paling memalukan adalah ketika kakinya patah saat menyanyi di panggung, dan
  • dengan santainya dia keluar panggung
  • Ia dibesarkan di Kanada (Stratford Ontario)
  • Label musiknya adalah Island def jam.
  • Dia suka bermain sepak bola.
  • Kata favoritnya adalah "Shawty"
  • Dia suka taco
  • Ia suka skateboard dan bisa memainkannya dengan baik
  • Sahabat terbaiknya adalah butler Ryan & Chaz Somers
  • Dia suka mata biru
  • CD pertamanya keluar pada 17 Novemeber 2009
  • Dia sekarang berteman baik dengan Taylor Swift
  • Dia bermain empat instrumen, gitar, piano, drum dan terompet
  • Dia mencintai semua penggemarnya!
Okey, dah tau serba sedikit tentang budak ni? Tapi... aku masih tak paham la kenapa budak pompuan suka sangat dengan dia nih...??!

Thursday, March 31, 2011

Reka Tee Contest

Tajuk: Our planet, our Lives

Alhamdulillah, setelah dua kali submit (yang first kantoi sebab ada lebih dari 8 warna), akhirnya lepas untuk penyertaan artwork nih. Harapnya korang sudi mengVOTE artwork aku ni. 

Klik di sini:
http://www.rekatee.com/design/submission/1272-Our-Planet-Our-Lives/

Aku cuma sasarkan kepada keindahan kita sebagai manusia dan keindahan bumi yang kita diami ini. Kalau bomi dah tak ada, takdelah jugak aku, karya aku dan kamu yang membaca entry ini... heeee! Vote eh!

Aku sungguh rajin sekarang!

Semalam aku berjaya siapkan satu manuskrip. Masih dok lintang pukang buat sketches nak menggambarkan apa yang tercalit dalam bait-bait cerita tu. Kalau ikut congakkan aku mau ada 30 illustrasi aku nak kena gambarkan. Takpe, semua tu masih dalam proses. AKu pun tak tau sangat prosedur menghasilkan buku dari syarikat penerbitan. Setakat ni yang biasa aku buat hanyalah mengilustrasikan perenggan yang diberi.

Tapi kali ni aku kena full-force. Akulah punya penceritaan, akulah punya konsep dan illustrasi.

Sambil sambil develop tu, terbuatlah satu watak budak kecik comel nih. Malangnya dia terlalu comel untuk watak-watak yang ada dalam projek buku aku tu... Hmm... kena ubahsuai lagilah jawabnya...

Oleh kerana sayang pulak nak ditinggalkan begitu saja, sempat gaklah aku jadikan widget kat belah kiri blog aku nih. Comel tak? Kalau korang berminat nak pakai, boleh aje... Klik kanan > Copy Location Image dan masukkanlah script si AdiWidget tu...

Karekter ni gak aku gunakan dalam RekaTee Contest. Aku baru submit 3 je dlm RekaTee tu. Satu lepas, satu kena reject sebab ada gradient dan yang terbaru ni sebab ada contest dan rasanya watak ni sesuai dengan tema yang diberikan. Suka-suka jer...

Tengoklah sehari dua ni, kalau design aku tu lepas, aku mohon jasa baik korang untuk vote kannya... eh!

Wednesday, March 30, 2011

Magneto Versi Momokz






Percubaan masuk dalam Character Design Battle #140 - Magneto sempena Filem terkini X-Men First Class anjuran PERGH.com

Kalau aku Superhero


Dalam dua tiga hari ni aku tengah pecah kepala mencipta watak-watak untuk projek buku aku sendiri tu. Dalam pada tu, aku search punya search rujukan di gugel, aku banyak nampak karekter superhero Jepun ataupun mat saleh. 

Sebenarnya dalam sejarah menghasilkan karekter kartun, watak superhero adalah yang paling jarang aku ketengahkan. Ntah la... aku memang takde superhero idola. Sejak kecil aku dah dimomokkan dengan cerita Ultraman, Heman, Kesatria Baja Hitam, Transformer, Thunder Cat dan banyak lagilah watak superhero termasuklah Superman. Tapi takde satu pun yang melekat di kepala otak aku.

Jadi aku tergeraklah nak buat satu karekter superhero. (Sebenarnya lebih kepada design semula watak superhero sedia ada dan jadikan chibi stail jer...) Lalu aku memilih Kamen Rider. Aku pun tak la tgk dan tahu pun apa-apa pasal watak superhero ni.

Sambil sambil tu aku berangan... KALAU AKU SUPERHERO, watak yang macam mana aku nak eh? Kalau hero selamatkan bumi, selamatkan bandar tu dah kira kliche sangat. Memang tujuan superhero diciptakan untuk menyelamatkan keadaan.

Aku terfikir gak nak jadi seseorang yang boleh tahu masalah orang dengan jadi HALIMUNAN. Pastu aku cuba selesaikan masalahnya dengan mendapatkan sumber-sumber yang boleh membantu orang yang ditimpa masalah tu... tapi, kliche gak!!!



Apa lagi superhero yang belum ada sesiapa jadi eh???...

Monday, March 28, 2011

Tugasan Selesai!

Alhamdulillah! Hari ni aku betul-betul happy sebab dapat selesaikan kesemua projek dalam tangan. Tunggu approval dari editor je. Bila dah selesai, aku bersedia untuk projek seterusnya!!!

Semalam aku dah dapat konsep tentang buku genre agama untuk kanak-kanak yang bakal aku tulis sendiri. Harapnya ianya juga memberi kepuasan kepada kerjaya aku bila ianya betul-betul dapat direalisasikan dalam tahun ni... insya-Allah!

Friday, March 25, 2011

Foxy: Behind the scene

Kesemua karekter yang aku buat bermula dengan sketch. Ada kalanya aku imagine terus di illustrator terutamanya bahagian kepala karekter. Pada aku bahagian ini lah penentu kepada kecomelan sesuatu watak yang aku hasilkan. Bila bahagian penting dah dapat diwujudkan, barulah aku sambung kepada gaya atau posisi di bahagian badan kaki dan elemen-elemen lain yang berkaitan.


Ini adalah rupa asal sketching aku. Aku suka sketch menggunakan pensil warna. Kenapa? Sebab... pada scanner biasanya terdapat 3 cara scanning (warna/grey/black & white). Kalau aku rajin nak inking (hitamkan garisan cara manual menggunakan artline pen atau marker pen). Aku kena pastikan artline baru tu lebih kemas dan detail dari sketches asal. Pastu aku amik opsyen B&W semasa scan.

Kalau aku malas pulak... aku amik opsyen scan 'warna'. Ini bagi memudahkan aku membuat tracing dalam illustrator sebab warna sketch tidak mengganggu line yang sedang aku buat dalam proses tracing.




Ini adalah hasil bila aku dah siap bubuh outline dan baiki mana-mana proportion yang rasanya tak menjadi di sketches tadi. Proses ini memberikan aku lebih kreativiti untuk mengolah lagi karekter ni supaya nampak sangat best untuk ditatap.

Okeylah korang! Ada kesempatan nanti aku akan buat simple tutorial macam mana nak melukis di Adobe Illustrator dan simple 3D inking... 

Nak sambung siapkan illus. Baru nak masuk illus yang ke 13... ngee!

Jom join Earth Hour esok!


Esok, 26 Mac 2011 adalah Hari Earth Hour iaitu satu kempen padamkan lampu di rumah, atau mana-mana tempat yang berlampu selama 60 minit (1 jam). Tahun lepas aku join dengan keluar gi makan malam selama sejam lebih. Aik? Apa kena-mengena Earth Hour dengan makan malam aku?

Yelah... kempen ni kan berlangsung selama 1 jam. Jadi bagi menyahut seruan kempen ni, aku pun menutup semua lampu di rumah aku dan pergi le makan malam kat luar! Jadi secara tak langsung aku dapat menyertai kempen seluruh dunia ni dan kempen perut aku sekali... ngee! :)

Okey, kalau korang berminat nak join gak, boleh gunakan poster kempen yang aku buat ni dan tempeklah di blog anggun lagi menawan korang tu yek!

Thursday, March 24, 2011

Fly wid Me!


Esok teman tido aku akan ke Sarawak (ikut rombongan PUSPANITA) selama 4 hari-3 malam. Tengok pada jadual aktivitinya memang padat. Orang kata, nak kentut pun tak sempatlah!!!!

Dan... selama itu jugaklah aku jadi Mr. Mama macam selalu-selalu kalau wify aku kena gi out station. Anak-anak pun dah lali (biasa) dengan keadaan macam ni. Kadang aku pulak yang kena gi kursus atau out-station. Nampaknya tahun ni aku bakal-bakal kena gi kursus lebih dari 7 hari yang ditetapkan oleh jabatan... eh? Korang tau ke aku keja mana? Hahaha... rahsia!

Harapnya Pn Wan Jeydah aku tu hepi dan selamat pergi, selamat kembali!

Jadi sempena wify aku nak up-up and away ni, sempat gak aku sketchkan satu Doodle ( eh ni nama baru ke? Tuan punya perkataan!!! Aku tumpang pakai yek!). Kalau ikutkan kebiasaan, aku suka karekter aku berartline (ada outline di keliling artwerk). Tapi aku mencuba-cuba coloring tanpa outline. Ok ke tak ok?

Tadi dah hantar lagi 2 keping ilus. Tinggal 10 artwerk aku nak kena pulun gila-gila. harapnya sempatlah siapkan paling lambat pun 2 minggu lagi... hope lah!


(artline untuk gambar di atas. Kalau nak ambil dan nak coloring, dibolehkan. Tapi jangan ubah atau mengaku artwerk nih korang yang buat. Tak malu namanya!)

Macam Mana?


Macam mana hari ni? Pegi kije takde jem langsung? Macam mana "date" semalam? Dapat menyelami karekter pasangan baru anda? Macam mana dengan urgent job yang bos bagi sekejap tadi? Dah mula buat ke belom? Macam mana dengan darah tinggi atau sakit jantung anda dalam masa terdekat ni? Ada tanda-tanda anda nak kena bergegas ke hospital?

Macam mana pulak dengan rombongan lawatan atau kursus yang akan atau sedang anda hadiri? Dapat fokus kepada dendangan sang penceramah di depan? Atau anda masih sibuk update facebook anda!

Macam mana dengan hubungan dengan kekasih/suami atau isteri anda semalam? Ada sesi merajuk-rajuk ala-ala hindustan ke? Atau ada yang "tertangkap" dengan pasangan masing-masing kerana menyimpan "Kekasih Gelap"?

Macam mana dengan nasib kita hari ini? Adakah mendatar dan hambar seperti hari-hari sebelumnya... atau ada keceriaan yang menanti di hadapan? Atau ada kemurungan yang bakal melanda? Mintak dijauhkan dan semoga Allah memberkati urusan kita hari ini, dari pagi hinggalah keesokan paginya...

Jangan lupa tanggungjawab kita pada keluarga, kerja dan yang penting kepada Maha Pencipta!

COPYRIGHT@MOMOKZ™

Creative Commons License All illustrations are protected by copyright and may not be used or reproduced in any form without MOMOKZ™ permission. Thank you!.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...