Jana wang melalui Facebook!

Saturday, September 11, 2010

Gambar Raya 2010





Huhuhuhu... tahun nih raya pertama di rumah daku di Batu Pahat. Hari ni akan balik beraya di Bukit Gambir pulak. Semalam pun beraya rumah Nyai je, lepas sembahyang Jumaat, terus melepek kat rumah je sambil tunggu saudara mara dan rombongan Marhaban singgah ke rumah. Semalam pun hujan... mood nak beraya dengan lecak mecak segala membuar\tkan aku malasnya nak berenggang dengan bantal. Rancangan TV best-best gak 1 Syawal nih... Sambil-sambil tu, tangan tak lekang menyeluk balang kuih mak. Kuih raya fevret aku adalah Kuih Kacang. Tiap-tiap tahun aku mesti mintak mak buatkan...

Esok (Raya 3) nak menjadi wakil rombongan merisik si Munshi (adik ipar bongsu). Jodohnya orang Muar gak, jadi tak le jauh sangat nak gi merisik... Projek Photography masih diteruskan dengan alamat baru. Sudi-sudilah menjenguk di www.seripakis.net ye... :) Emm... projek kad kahwin masih dok godeh-godeh. Nak masukkan sample kad dalam Cart System tu yang lambat... apa pun boleh jenguk di www.pakisprint.com. Daku jamin, harga kad kahwin yang ditawarkan adalah sangan murah dan ekslusif. Design pun updated...

Key, ada masa nanti sambung lagi la eh!. Sori sesangatlah dah lama tak update... mood kreativiti tu out sket sepanjang bulan pose lepas. Insya Allah, lepas raya ni cargas balik!

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@MOMOKZ™

Creative Commons License All illustrations are protected by copyright and may not be used or reproduced in any form without MOMOKZ™ permission. Thank you!.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...