Jana wang melalui Facebook!

Friday, October 29, 2010

Ecover Percuma untuk anda!


Alhamdulillah, projek blog (minisite) yang saya usahakan hampir selesai. 

Tinggal 1-2 page penting untuk meletupkan produk ini di pasaran. Saya ni taklah pandai sangat bab-bab Internet Marketing. Yang saya tahu fotografi, grafik dan design jer... Jadi, saya mengambil langkah berani memberikan satu ecover photoshop action script (bernilai RM70) secara percuma! 

Bagi yang tak tahu lagi apa itu ecover, ia adalah satu action script yang boleh menjadikan imej 2D kepada pandangan 3D. Contohnya, kalau kita ada menjual ebook, kita nak wakilkan rekabentuk ebook tersebut kepada bentuk buku, bolehlah menggunakan script ini (contoh seperti gambar di atas).

Kenapa beri percuma? Saya dah melihat dan merasainya sendiri produk ini dapat memberikan sumber pendapatan yang lumayan, sangat lumayan! Hanya 3 langkah mudah, dalam masa 5 minit saja untuk menghasilkannya.


Satu ecover sahaja, anda boleh mengenakan caj sebanyak RM70 kepada pelanggan (biasanya mereka yang ada menjual produk di internet). Bagaimana jika anda ada 30 script pelbagai bentuk yang cantik dan beresolusi tinggi (300dpi), RM70 x 30 = RM2100. Sama dengan gaji bulanan saya (psst... anda pasti dapat lebih kerana produk dan perkhidmatan ini boleh dibuat secara sambilan sahaja! Dapatlah duit tambahan selain gaji bulanan kita tu!)

Itulah nilai yang bakal anda perolehi jika anda ada kesemua script yang saya dok canangkan ni. Sangat lumayan kan! Jadi tak mustahillah kalau saya, atau anda bakal jutawan internet seterusnya! Heee.... Insya Allah tu... kenalah usaha!


Apa pun, cakap banyak tak guna, tembak tak kena! Baik anda tengok sendiri, download dan lihat hasilnya! Betul atau tidak apa yang saya ceritakan tadi.


Jom download sekarang!

P/s: Jika anda dah download, bolehlah berikan komen keberkesanan ecover script ini, atau komen juga tentang produk-produk lain yang disertakan bersama. Jika berbaloi dengan ringgit yang anda keluarkan, tolong panjang-panjangkan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Insya-Allah akan ada lagi produk berkualiti yang akan saya berikan secara percuma!

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@MOMOKZ™

Creative Commons License All illustrations are protected by copyright and may not be used or reproduced in any form without MOMOKZ™ permission. Thank you!.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...