Jana wang melalui Facebook!

Friday, February 25, 2011

Cerita Hakcipta lagi...


Sejak kali pertama aku menceburkan diri dalam bidang penerbitan (1995), isu hakcipta adalah topik yang agak hangat. Tapi pada tahun-tahun tu hakcipta tak dipandang sangat oleh kartunis-kartunisnya kerana apa yang penting masa tu adalah stroke karya mereka...


Apabila stroke dan penceritaan seseorang kartunis tu mendapat pujaan ramai, ianya dah cukup mengembangkan lubang hidung sang pelukis. "Glamer" lebih penting dari keuntungan. Zaman-zaman tu takde blog, takde internet. Jadi majalah adalah tempat yang terbaik membina nama dan kemashyuran.

Tapi di zaman ini, majalah bukan lagi keutamaan. Dah banyak sangat peluang dan ruang untuk kita menyerlahkan bakat melukis. Malah dah wujud pula aliran konservatif dan digital.

Bila kita publish secara individu iaitu di blog-blog atau laman web, maka timbullah soal hakcipta. Fahaman aku Hakcipta akan digunapakai bila terdapat karya seseorang itu yang diambil tanpa izin tuan punya dan digunakan sewenang-wenangnya sehinggakan memperoleh keuntungan kepada pihak lain tanpa pengetahuan/keizinan tuan punyanya. Itupun jika tuan punya telah mendaftarkan hak mereka di tempat-tempat yang boleh mengesahkan hakciptanya itu.

Hakcipta boleh didaftarkan kepada perkara-perkara berikut; Logo syarikat, karya seperti seni tampak/lukisan/manuskrip/lakaran/lagu/visual dll, produk dan banyak lagi yang bertujuan melindungi hak penciptaan orang yang pertama menghasilkannya.

Jika seseorang itu merasakan ada sesuatu yang dia mengakui bahawa dia adalah pencipta pertama, sebaik-baiknya ciptaannya itu didaftarkan untuk melindungi haknya.

Bukan apa, aku bangkitkan cerita ini bila ada segelintir blogger yang mencari makan dengan cara menjual karya lukisan mereka mempertikai sesetengah blogger lain yang menggunakan perkataan yang sama dengan apa yang si pendakwa ni gunakan. Yang lebih best, mereka ini adalah pesaing kepada pendakwa tersebut.

Timbul persoalan, si pendakwa nak mencantas si pesaing sebab dia ada kabel dengan mereka-mereka yang boleh menyokongnya ke?

Aku sendiri pernah ditegur secara sopan melalui email bila aku telah membuat satu blog dengan nama mydollyart.blogspot.com iaitu blog yang menjual karekter-karekter comel untuk bloggers lain yang berminat.

Sebelum tu, aku dah rujuk perkataan DOLLY ini, takut-takut aku terambil "Hak Orang Lain" tanpa keizinan. Tapi bila di search di enjin carian, perkataan tersebut telah dipatternkan kepada benda lain iaitu seekor kambing bebiri yang hidupnya di luar Malaysia sana. Selain itu perkataan itu juga merujuk kepada nama seorang selebriti luar negara.

Berbalik kepada teguran si "Kakak" tadi yang mengaku dirinya adalah orang pertama yang menggunakan perkataan tersebut dan meminta untuk aku tukar nama blog aku kepada nama lain. Sedangkan perkataan tersebut bukanlah Hakcipta beliau! Apabila aku maklumkan bahawa aku dah buat searching tentang perkataan tersebut, barulah nada balasan emailnya menurun sedikit dan menyatakan yang dia akan beralah dan akan menukar kepada nama lain untuk karekter ciptaannya itu.

Tapi aku pun tanak gaduh-gaduh dan memanjangkan cerita ni, aku beralah sajalah... lalu aku buat satu lagi blog jualan karekter dengan nama mychibyarts.blogspot.com. Mujur pihak animator/illustrator dari negara Jepun takde yang call aku suruh aku tukar perkataan CHIBY tu kepada nama lain.

Tak perlu risau, Tuhan dah anugerahkan bakat melukis kepada sesiapa sahaja dengan keunikan pelukis itu sendiri. Walaupun ada sesiapa yang meniru dengan menekap sekalipun, tetap tak akan sama dengan gaya pelukis asal.

Kita boleh tahu seseorang itu mempunyai bakat semulajadi atau hanya sekadar mengikut-ikut kejayaan orang lain. Maybe dia boleh berjaya lebih dari mereka yang berbakat, maybe mereka takkan ke mana-mana. Itu kuasa tuhan yang menentukan baik-buruknya nasib seseorang itu.

Satu lagi, tak perlulah risau tentang kerugian dalam perniagaan. Lain orang, lain seleranya. Tak semestinya pelanggan suka dengan pelukis A dia tak boleh suka pelukis B, pelanggan pun ada citarasa sendiri, mereka ada hak mimilih. Macam si penjual goreng pisang! Walaupun berniaga sebelah-sebelah, untung dan nasib masing-masing! Anda tak boleh menghalang orang lain yang jual benda yang sama dengan apa yang anda jual semata-mata takut hilang populariti dan pelanggan. Persaingan inilah yang akan bantu kita tingkatkan prestasi perniagaan kita, agar dapat buat sesuatu yang lebih baik lagi dan lagi dan lagi...

Hoo... dah terlebih membebel nih, bukan ada sesiapa nak baca pun! Kalau korang nak baca cerita berkaitan, boleh riki di blog PEREKA DOLLY yang satu nih... http://wansteddy.blogspot.com/2011/02/term-dolly.html

Sorry bebanyak sebab luahkan dalam blog ini. Mulanya aku tanak ambil kisah sangat, tapi dah ada rakan-rakan "Yang Tak Takut" telah dianiaya oleh mereka-mereka yang popular ni, terpanggil pulak untuk bercerita perkara ini... Maafkan aku yea...


1 comment:

  1. Kesimpulannya kita boleh je guna perkataan DOLLY ni tanpa perlu minta izin sesiapa kan? Ramai yang suka mengetengahkan isu copyrite tanpa ada kesedaran yang benar.

    ReplyDelete

COPYRIGHT@MOMOKZ™

Creative Commons License All illustrations are protected by copyright and may not be used or reproduced in any form without MOMOKZ™ permission. Thank you!.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...