Jana wang melalui Facebook!

Tuesday, May 25, 2010

Siapa nak tiket PERCUMA!










Tadi pergi ke Wisma TV, Angkasapuri atas urusan rasmi. Bila dah habis diskusi semua, Pn Wan Mastura dari Divisyen Rekabentuk dan Pementasan offer beberapa keping tiket untuk PERTANDINGAN GAH 1 (Akhir) pada 30 Mei ini, bertempat di Sunway Lagoon.  GAH 1 adalah final rancangan HITS1 yang disiarkan setiap hari sabtu petang di TV2. Saya kemungkinan besar tidak dapat hadir pada hari tersebut. So... saya nak bagi percuma kepada semua pembaca yang minat nak join event nih, tapi ada syaratnya!

Syarat-syaratnya ialah:
  1. Jika anda ada blog/facebook, kena buat satu entry bertajuk: Momokz Illustrated Blog sangat chummel kerana... dan korang hentamlah tulis apa-apa saja berkaitan blog chummel saya ni!
  2. Kalau nak jadi follower blog saya atau tidak, itu terpulang... takde paksaan pun :)
  3. Kemudian, letakkan komen dan link entry di entry ini supaya senang saya nak rujuk dan pilih.
  4. TARIKH TUTUP adalah pada 27 Mei 2010, jam 12.00 tengah hari (Laa... tinggal 2 hari je lagi... cepat!). Pengumuman adalah pada jam 2.30pm pada hari tersebut.
  5. 2 TIKET akan diberikan sebagai hadiah!
  6. Cara pemilihan adalah... mereka yang tinggal di sekitar KL, mereka yang benar2 nak pergi jer, dan... mereka yang boleh pergi tanpa membawa anak-anak di bawah umur 12 tahun. Termaktub dalam syarat pada tiket berkenaan.
Tapi! Kalau anda nak juga pergi, anda boleh dapat diskaun 50% Sunway Lagoon Ticket (on concert day) sekiranya anda menjadi PEMENANG!

Finalis pada pertandingan tersebut:
  1. Misha Omar - Cinta Adam Hawa
  2. Azharina - Rawan
  3. Alyah - Tak Mungkin Kerana Sayang
  4. 6ixth Sense - Khatimah Cinta
  5. Stacy - Pakai Buang
  6. Faizal Tahir - Becinta
  7. Grey Sky Morning - Cinta Gila
  8. Tomok - Rindu Terhenti
  9. Adam & Stacy - Menggegar Dunia

Cepat! Jangan buang masa lagi, tulis entry anda cepat.... Good Luck!


No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@MOMOKZ™

Creative Commons License All illustrations are protected by copyright and may not be used or reproduced in any form without MOMOKZ™ permission. Thank you!.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...