Jana wang melalui Facebook!

Thursday, March 31, 2011

Aku sungguh rajin sekarang!

Semalam aku berjaya siapkan satu manuskrip. Masih dok lintang pukang buat sketches nak menggambarkan apa yang tercalit dalam bait-bait cerita tu. Kalau ikut congakkan aku mau ada 30 illustrasi aku nak kena gambarkan. Takpe, semua tu masih dalam proses. AKu pun tak tau sangat prosedur menghasilkan buku dari syarikat penerbitan. Setakat ni yang biasa aku buat hanyalah mengilustrasikan perenggan yang diberi.

Tapi kali ni aku kena full-force. Akulah punya penceritaan, akulah punya konsep dan illustrasi.

Sambil sambil develop tu, terbuatlah satu watak budak kecik comel nih. Malangnya dia terlalu comel untuk watak-watak yang ada dalam projek buku aku tu... Hmm... kena ubahsuai lagilah jawabnya...

Oleh kerana sayang pulak nak ditinggalkan begitu saja, sempat gaklah aku jadikan widget kat belah kiri blog aku nih. Comel tak? Kalau korang berminat nak pakai, boleh aje... Klik kanan > Copy Location Image dan masukkanlah script si AdiWidget tu...

Karekter ni gak aku gunakan dalam RekaTee Contest. Aku baru submit 3 je dlm RekaTee tu. Satu lepas, satu kena reject sebab ada gradient dan yang terbaru ni sebab ada contest dan rasanya watak ni sesuai dengan tema yang diberikan. Suka-suka jer...

Tengoklah sehari dua ni, kalau design aku tu lepas, aku mohon jasa baik korang untuk vote kannya... eh!

2 comments:

  1. Aku punya artwork lagi bnyk gradient, kejutan gak kena minima warna ni. Tapi hasilnya boleh tahan ^^ Thanx sudi vote utk aku. Aku pun dah vote utk ko. Cross finger wish luck ^^ Beb, projek ilustrasi bg aku gak. hohoho... Bleh asah bakat n minat ^^'

    ReplyDelete
  2. Aku dah beri "Rahsia 7 petala langit dan bumi" tu kat FB ko. Berusahalah... :D

    ReplyDelete

COPYRIGHT@MOMOKZ™

Creative Commons License All illustrations are protected by copyright and may not be used or reproduced in any form without MOMOKZ™ permission. Thank you!.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...